Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

134) PELAN KONTIGENSI PUSAT ‘SPARE PART’ LIF LAMA DI PANGSAPURI KOS RENDAH BAGI MENJAGA KEBAJIKAN GOLONGAN MARHAEN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandang isu lif rosak di pangsapuri kos rendah adalah isu lama yang kronik, adakah kerajaan berhasrat menyediakan pusat pengumpulan bahan ganti lif yang sudah dipupuskan untuk diguna pakai oleh JMB yang memerlukan

    Untuk makluman Yang berhormat, Kerajaan Negeri tidak ada cadangan untuk menyediakan pusat pengumpulan bahan ganti lif yang sudah dipupuskan. Namun demikian, pihak swasta yang berminat  bolehlah  merujuk  kepada  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor untuk urusan pelesenan.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi program L’CERIA dan SMART Life (Smart Lift Improvement For Quality Life) yang  merangkumi  penggantian/baik  pulih  lif  dan penyenggaraan lif secara komprehensif sebanyak RM30 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.