Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
121) EKONOMI BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada Belia dalam tempoh tahun 2013-2016?
Jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada belia dalam tempoh tahun 2013-2016 Negeri Selangor berdasarkan sumber daripada Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO) sebagaimana jadual berikut :-
Statistik peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada belia dalam tempoh tahun 2013-2016
Tahun Jumlah Jawatan 2013 419,618 2014 256,819 2015 276,365 2016 205,370 JUMLAH 1,158,172 Sumber: Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO)
-
Berapakah peratusan pengangguran Belia pada bulan Januari 2017?
Peratusan pengangguran belia pada bulan Januari 2017 adalah sebanyak 3.2% yang diperolehi daripada Sumber Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia adalah sebagaimana jadual berikut :-
Jadual 1: Bilangan penganggur dan kadar pengangguran 2014, 2015, separuh tahun pertama 2015 (H1/2015) dan separuh tahun pertama 2016 (H1/2016), Malaysia dan Selangor
Tempoh
Bilangan penganggur (‘000) Malaysia Selangor
Kadar pengangguran (%) Malaysia Selangor
2014 411.1 62.4 2.9 2.0 2015 450.3 77.9 3.1 2.4 H1/2015 443.9 73.9 3.1 2.3 H1/2016 501.6 103.7 3.4 3.2 Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia
-
Apakah insentif - insentif yang ditawarkan kepada Belia untuk menjadi usahawan berjaya?
Dalam usaha untuk memperkasakan belia Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai insentif kepada belia di Selangor untuk menjadi usahawan yang berjaya dan juga untuk merangsang aktiviti keusahawanan belia di Selangor dengan bantuan perniagaan yang disediakan kepada anak muda.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan penyediaan sewaan premis perniagaan kepada golongan usahawan seperti di Uptown Shah Alam dan Pasar Seri di Giant, Seksyen 13, Shah Alam.
Seterusnya, Kursus Keusahawanan juga turut disediakan kepada golongan belia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan pinjaman melalui HIJRAH Selangor bagi memulakan perniagaan kepada golongan belia untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut :-
JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH BAYARAN BALIK
SKIM 1 3,000.00- 25 minggu (6 bulan) 5,000.00 50 minggu (12 bulan) Ditawarkan kepada semua peminjam 100 minggu (24 bulan) yang berkelayakan 150 minggu (36 bulan) SKIM 2 6,000.00- 25 minggu (6 bulan) 10,000.00 50 minggu (12 bulan) 100 minggu (24 bulan) Ditawarkan kepada semua peminjam 150 minggu (36 bulan) yang berkelayakan SKIM 3 15,000.00- 25 minggu (6 bulan) Hanya ditawarkan 20,000.00 50 minggu (12 bulan) kepada peminjam yang telah tamat 100 minggu (24 bulan) pinjaman pusingan 150 minggu (36 bulan) pertama dengan kredit SKIM 4 30,000.00- 25 minggu (6 bulan) 50,000.00 disiplin yang 50 minggu (12 bulan) memuaskan 100 minggu (24 bulan) 150 minggu (36 bulan) Seterusnya, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-
Bil Program Jenis Bantuan
Jumlah Usahawan
1 Perintis Usahawan Bimbingan & Latihan 1,440 2. Tunas Niaga Bimbingan & Latihan 19,653 3 Kelab Permata Selangor Bimbingan & Latihan 11,406 4. GROW Bimbingan & Latihan 163 JUMLAH KESELURUHAN USAHAWAN BELIA 32,662 Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut mengadakan Program Klinik Usahawan bagi memastikan belia usahawan sentiasa diberi latihan dan kursus bagi menjamin belia Selangor terus berjaya dalam bidang keusahawanan. Statistik program di bawah Program Klinik Usahawan adalah seperti jadual berikut :-
BIL TAHUN JUMLAH SEMINAR / BENGKEL / KURSUS/LAWATAN
JUMLAH PESERTA
1. 2013 18 995 2. 2014 14 798 3. 2015 20 843 4. 2016 17 589 JUMLAH 69 3,225