Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
120) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk dana skim mesra usia emas (SMUE) sepanjang tahun 2016?
Sila lihat Lampiran 4
-
Apakah kriteria dan syarat-syarat yang diguna pakai untuk memastikan pengeluaran dana tersebut sampai kepada penerima dan tidak disalahgunakan?
Berdasarkan Standard Prosedur Operasi SMUE, ADN / Penyelaras hanya boleh membuat pengeluaran apabila kesemua syarat-syarat berikut dipatuhi:
- Borang pendaftaran SMUE ahli sudah diisi dengan betul serta dokumen sokongan yang diperlukan adalah lengkap
- Ahli adalah layak seperti yang disyaratkan di bawah SMUE seperti yang diputuskan oleh
- Pendaftaran sudah dimasukkan ke dalam Sistem dan berstatus sudah dibuat semakan oleh penyelia Yawas
- Tiada pembayaran RM1000 sudah dibuat oleh mana-mana PKM sebelum ini
- Pembayaran hanya boleh dibuat kepada penama yang didaftarkan di dalam sistem sahaja dan tiada wakil dibenarkan kecuali melalui surat kuasa yang sah yang ditandatangani oleh penama yang
- Rekod pembayaran RM1000 dimasukkan ke dalam sistem sebaik sahaja pembayaran sudah dibuat bagi mengelakan pembayaran dua
- Dalam tempoh 10 hari dari tarikh bayaran semua dokumen berkaitan mesti diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Petugas akan menandakan di dalam sistem dokumen penghantaran sudah
- Petugas PDT menyemak dokumen pembayaran adalah sah dan menandakan dokumen pembayaran sudah
- PDT membuat pembayaran RM 1,500 dalam tempoh 60 hari dari bayaran fasa pertama. Rekod pembayaran dimasukkan ke dalam Sistem
- Apa-apa aduan yg diterima dari mana-mana pihak akan diteliti oleh pihak RMSB dan diambil tindakan dengan seberapa segera