Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

118) PROGRAM PERUMAHAN MAMPU MILIK : RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi projek-projek perumahan mampu milik memandangkan keperluan perumahan bertambah, terutama golongan miskin?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahawa rakyat Negeri Selangor memiliki rumah sendiri. Ini dapat direalisasikan dengan adanya Dasar Rumah Selangorku yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula 1 Januari 2014. Dasar tersebut merupakan hasrat Kerajaan Negeri bagi memenuhi matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna. Rumah Selangorku merupakan rumah harga kawalan di mana harga jualan dan pembelinya dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Harga Rumah Selangorku adalah bermula dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit yang mana mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah sehingga

    Melalui dasar tersebut tersebut, pihak pemaju / pemilik tanah dikenakan syarat untuk membina Rumah Selangorku berdasarkan kepada keluasan pembangunan dan ianya mengikut zon / kawasan pembangunan. Syarat Rumah Selangorku yang dikenakan adalah pembangunan yang berkeluasan melebihi 2 ekar di Zon 1 manakala di Zon 2 melebihi 5 ekar.

    Oleh itu, sekiranya terdapat cadangan pembangunan perumahan yang dikemukakan oleh pihak pemaju / pemilik tanah adalah menjadi keutamaan / tanggungjawab pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk memastikan kuota / syarat pembangunan Rumah Selangorku ada dan dibina mengikut jadual yang telah ditetapkan.

     

    Berikut merupakan syarat / kuota pembangunan mengikut zon pembangunan berdasarkan Pekeliling Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) Bilangan 1 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula pada 1 Januari 2014.

    • Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 1 terletak dalam kawasan Lembah Klang yang meliputi kawasan berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Petaling Keseluruhan Daerah Petaling
    2. Gombak Mukim Batu dan Hulu Kelang
    3. Klang Mukim Klang
    4. Hulu Langat Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih
    5. Sepang Kawasan Cyberjaya

     

    • Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 2 terletak dalam kawasan Lembah Klang, berpotensi pembangunan dan juga kawasan ‘sub-urban’ seperti berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Gombak Mukim Setapak dan Rawang.
    2. Hulu Langat Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih.
    3. Klang Mukim Kapar
    4. Sepang Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya.

     

    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    5. Kuala Langat Keseluruhan Daerah Kuala Langat
    6. Kuala Selangor Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan Hujung Permatang

     

    • Kawasan pembangunan perumahan ZON 3 terletak di kawasan luar bandar yang meliputi kawasan seperti berikut :

     

    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Kuala Selangor Mukim   Pasangan,   Tanjung               Karang dan Hulu Tinggi
    2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor
    3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam

     

    • Bagi memastikan pembinaan RUMAH SELANGORKU diseimbangkan mengikut kesediaan tanah di dalam zon-zon pembangunan, peratusan penyediaan rumah adalah berdasarkan kepada keluasan tanah seperti berikut :
     

    Zon   Pembangunan Perumahan

    Keluasan Pembangunan Keseluruhan Projek (ekar) / Keperluan Penyediaan RUMAH SELANGORKU
    2 – 5

    ekar

    5 – 10

    ekar

    10 – 20

    ekar

    20 – 50

    ekar

    50 ekar ke Atas
    ZON 1 *20% 30% 40% 50% 50%
    ZON 2 20% 40% 40% 50%
    ZON 3 40% 40% 50%

     

    * Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya  Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Pengiraan % adalah berdasarkan kepada keseluruhan unit rumah yang  dibina dalam sesuatu projek.

     

  2. Pohon statistik kelulusan Rumah Selangorku sejak ia dilancarkan, mengikut Daerah, Tempat/lokasi dan jenisnya?

    Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Ia merangkumi sebanyak 22,494 unit rumah dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku manakala baki 66,902 unit lagi bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku. Berikut merupakan perincian Rumah Selangorku mengikut PBT dan jenis pembangunan :-

     

    PBT

    RUMAH SELANGORKU
    BIL PROJEK JENIS RSKU JUMLAH UNIT
    A B C D
    MBSA 16 1,697 2,206 4,345 2,147 10,395
    MBPJ 3 100 100 532 732
    MPAJ 4 60 202 827 117 1,206
    MPSJ 12 1,011 2,120 3,728 2,470 9,329
    MPK 13 412 615 3364 3242 7,633
    MPKj 42 2,305 6,713 6,767 4,217 20,002
    MPS 12 3,946 3,387 6,040 6,760 20,133
    MPSp 21 719 1,496 3,907 6,009 12,131
    MDHS 3 50 64 204 318
    MDKS 12 197 586 2,075 741 3,599
    MDSB 2 132 104 40 276
    MDKL 2 330 660 1,982 670 3,642
    JUMLAH 142 10,677 18,267 33,303 27,149 89,396

     

Lampiran

Tiada Lampiran.