Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
109) PERUNTUKAN UNTUK PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan keputusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) terhadap permohonan peruntukan pembangunan yang dihantar oleh Tourism Selangor, 3 PBT dan Galeri Diraja Klang
Sebanyak 3 projek telah disenarai pendek untuk RMKe-11 (Third Rolling Plan) dan telah melalui satu sesi perbentangan terakhir di peringkat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 15 Mac 2017 yang lalu dan telah dibentangkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Negeri Selangor. Senarai 3 projek tersebut adalah seperti yang berikut:
i) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Pantai Redang, Sekinchan
ii) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Pusat Konservasi Burung
Enggang, Sabak Bernam
iii) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan “Royal Klang Heritage Walk”, Klang
3 projek yang telah disenarai pendek ini, akan melalui satu perbentangan terakhir di peringkat Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, pada tarikh yang akan diumumkan kelak, dan keputusan dijangka akan diperolehi pada akhir tahun 2017.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membantu PBT yang mengistiharkan tahun 2017 sebagai tahun melawat kawasan PBT mereka?
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sememangnya menyokong penuh dan membantu pihak PBT yang mengisytiharkan tahun 2017 sebagai tahun melawat daerah mereka. Untuk tahun 2017, sebanyak 2 (dua) PBT yang mengambil inisiatif menganjurkan kempen promosi tahun melawat iaitu Daerah Klang dan Daerah Hulu Selangor.
Pelbagai aktiviti dan program yang telah dan akan dijalankan oleh pihak Tourism Selangor bagi membantu kedua-dua PBT ini bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Daerah masing-masing untuk tahun 2017. Antaranya seperti berikut:-
- Lawatan FAM Trip bersama Agensi Pelancongan, Media, Bloggers, dan Selebriti Media Sosial
BIL NAMA PROGRAM / AKTIVITI TARIKH PBT 1 #DISCOVERSELANGOR Photo Hunt 2016 & Pra-Pelancaran Tahun Melawat Hulu Selangor
17 Disember 2016 Hulu Selangor 2 #DISCOVERSELANGOR FAM TRIP bersama Syarikat Penerbangan Firefly
19 – 22 Januari 2017 Klang 3 MITA FAM Trip 2017 bersama 70 orang agensi pelancongan ASEAN 23 – 25 Februari 2017 Klang 4 Program FAM Trip bersama Hotel Concorde Shah Alam dan Air Asia bagi pasaran China 13 – 16 Mac 2017 Klang 5 #DISCOVERSELANGOR Wuhan Media FAM Trip bagi pasaran China
23 – 27 Mac 2017 Klang 6 Program FAM Trip bersama Syarikat Penerbangan Malindo Air bagi pasaran India
20 – 23 May 2017 Hulu Selangor - Program Promosi Pelancongan Dalam Negara
BIL NAMA PROGRAM / AKTIVITI TARIKH 1 MITA TRAVEL FAIR 2017 Lokasi: MIECC, Mines 24 – 26 Februari 2017 2 2nd SELANGOR WELLNESS LIVING 2017 Lokasi: Setia City Convention Centre
24 – 26 Februari 2017 3 MATTA FAIR MARCH 2017 Lokasi: PWTC Kuala Lumpur
17 – 19 Mac 2017 4 JOHOR MATTA FAIR 2017 Lokasi: Johor Bahru
24 – 26 Mac 2017 5 MATTA FAIR SEPT 2017 Lokasi: PWTC Kuala Lumpur 8 – 10 September 2017 6 SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017 Lokasi: Setia City Convention Centre
7 – 17 September 2017 7 KEMBARA DISCOVER SELANGOR – PULAU PINANG 14 – 16 Julai 2017 - Program Promosi Pelancongan Luar Negara
BIL NAMA PROGRAM / AKTIVITI TARIKH 1 ASEAN TOURISM FORUM Lokasi: Marina Bay Sand, Singapore
16 – 20 Januari 2017 2 SOUTH ASIA TRAVEL & TRADE EXHIBITION (SATTE) New Delhi, India
15 – 17 Februari 2017 3 INT. TOURISM BOURSE (ITB) Lokasi: Berlin, Jerman 8 – 12 Mac 2017 4 TAIPEI TOURISM EXPO (TTE) 2017 AND SALES MISSION TO China 5 – 8 Mei 2017 5 HANA TOUR INT. TRAVEL SHOW 2017 Lokasi: Seoul,Korea
8 – 11 Jun 2017 6 JATA TOURISM EXPO 2017 Lokasi: Tokyo, Jepun 21– 24 September 2017 - Acara dan Program Pelancongan
BIL NAMA PROGRAM / AKTIVITI TARIKH 1 Royal Klang Heritage Walk Lokasi: Bandar Diraja Klang Sepanjang Tahun 2 Rancangan TV #DiscoverSelangor 13 Episode bersama TV Selangor Sepanjang Tahun 3 Klang Art Festival 2017 Lokasi: Bandar Diraja Klang
9 – 10 September 2017 4 Wings Of KKB 2017 Lokasi: Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor
22 – 24 April 2017