Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
87) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapa ramai pemohon mengikut jenis A, B, C, D Rumah SelangorKu?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2017 seramai 132,916 orang pemohon telah memohon Rumah Selangorku dengan pecahan pemohon mengikut jenis rumah adalah seperti berikut:
DAERAH JENIS RUMAH JENIS A JENIS B JENIS C JENIS D JUMLAH 87,552 8,008 21,762 15,594 KESELURUHAN 132,916 -
Berapa peratus permintaan ini yang dapat di penuhi dan di tolak? Kenapa?
Bermula dari 1 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2017 seramai 21,510 permohonan telah ditawarkan Rumah Selangorku kepada pemohon yang layak. Daripada jumlah tersebut, hanya sebanyak 65% iaitu seramai 14,002 pemohon sahaja berjaya dapat memenuhi permintaan atau ditawarkan unit manakala sebanyak 35% iaitu 7,508 pemohon telah menolak tawaran unit.
Sebab utama permohonan ini ditolak adalah kerana kegagalan pemohon memenuhi syarat kelayakan pinjaman yang ditetapkan oleh institusi kewangan/bank seperti mempunyai komitmen yang tinggi, tiada wang pendahuluan atau deposit, disenarai hitam oleh pihak bank atas masalah pembayaran PTPTN, Kad Kredit dan sebagainya. Selain itu, faktor lokasi dan rekabentuk juga turut mempengaruhi kepada penolakan tawaran ini disebabkan oleh pemindahan tempat kerja pemohon, kemajuan kerja pembinaan baru bermula atau kerja awalan dan pemohon mempunyai pelbagai pilihan projek dan jenis Rumah Selangorku yang sedang dimajukan.
-
Apakah KNS mempunyai perancangan untuk meneruskan pembuatan Rumah SelangorKu yang mempunyai banyak permintaan ini?
Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada pemohon Rumah Selangorku maka Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar-dasar sedia ada bagi memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan mengesa kepada pemaju-pemaju untuk mempercepatkan pelaksanaan pembinaan Rumah Selangorku melalui pemantauan secara berkala oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di samping pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri kepada pemaju dalam menggalakkan pembinaan Rumah Selangorku.