Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
84) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan perbandingan jumlah pencemaran sungai yang telah berlaku di Selangor dari 2014-2016 mengikut daerah.
Jumlah dan perincian pencemaran sungai yang telah berlaku di Negeri Selangor dari tahun 2014-2016 mengikut daerah adalah seperti berikut :
TAHUN BIL DAERAH 2014 13 Hulu Langat – 6, Sepang – 1, Gombak – 1, Hulu Selangor – 5
2015 19 Hulu Langat – 3, Sepang – 8, Gombak – 3, Hulu Selangor – 5
2016 19 Hulu Langat – 6, Sepang – 11, Gombak – 1, Hulu Selangor – 1
-
Nyatakan tahun yang berlaku pencemaran sungai tertinggi dalam sejarah Selangor dan jumlahnya
Jumlah pencemaran tertinggi dalam sejarah di Negeri Selangor adalah pada tahun 2006 dengan sebanyak 24 kes pencemaran yang menyebabkan henti tugas loji pembersihan air (LPA). Antara punca henti tugas LPA ada adalah tumpahan minyak, peningkatan parameter ammoniakal nitrogen dan kekeruhan.