Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

74) IT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan masih meneruskan menyediakan perkhidmatan wifi percuma di seluruh Selangor?

    Kerajaan masih menyediakan perkhidmatan WiFi Percuma di seluruh Negeri Selangor.

     

  2. Berapakah kos setahun yang ditanggung kerajaan untuk penyediaan dan penyelenggaraan wifi itu?

    Kerajaan tidak menanggung apa-apa kos untuk penyediaan dan penyelenggaraan WiFi setakat ini. Walaubagaimanapun, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.0 juta untuk menanggung sebahagian kos perkhidmatan WiFi bagi Tahun 2017.

  3. Apakah masalah sebenar yang dihadapi sehingga terdapat di sesetengah lokasi, wifi yang disediakan gagal berfungsi dengan baik?

    Kelajuan setiap hotspot adalah di antara 8Mbps (“Megabits per second”) sehingga 30 Mbps bergantung kepada infrastruktur sambungan internet setempat iaitu samaada melalui kabel kuprum, gentian optik atau selular di mana jarak pancaran dan kelajuan internet adalah berbeza.

    Kelajuan WiFi Smart Selangor untuk setiap pengguna telah dihadkan kepada 1 Mbps (“Megabit per Second”) bagi setiap sesi penggunaan selama 30 minit.  Sekiranya ramai pengguna menggunakan hotspot terbabit, akses dan kelajuan internet di hotspot tersebut akan terjejas. Pemantauan rapi dapat mengenalpasti kawasan-kawasan hotspot yang perlu ditingkatkan kapasiti.

Lampiran

Tiada Lampiran.