Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

62) ISU KERETA BURUK TERSADAI DI TEPI JALAN DAN DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan isu kereta buruk tersadai di tepi jalan dan di taman-taman perumahan ini masih terus berlaku, adakah Kerajaan bercadang menggubal undang-undang memberi kuasa kepada pihak PBT melupuskan kereta tersebut?

    Setakat ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menggubal Rang UndangUndang baru untuk memberi kuasa kepada pihak PBT untuk melupuskan kereta buruk berikutan kaedah yang diambil oleh PBT untuk melupuskan kenderaan adalah dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 46 1(e) dan Seksyen 46 3(a) Akta 133 (Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974). Sehubungan dengan itu, proses pelupusan dilaksanakan selepas proses penundaan dilakukan dan sekiranya pemilik tidak menuntut / tidak dapat dikesan setelah tempoh waktu yang diberikan melalui notis telah tamat. Contoh garis panduan kerja pelupusan kenderaan yang disita oleh PBT khususnya yang digunakan di MPKj adalah seperti berikut:-

    1. Notis amaran dikeluarkan kepada kenderaan terbiar (tempoh minimum 7 hari)
    2. Tindakan sitaan dibuat jika notis tidak dipatuhi.
    3. Setelah disita, kenderaan akan disimpan di stor simpanan kenderaan.
    4. Surat makluman kenderaan dalam simpanan pihak Majlis akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas disita kepada pemilik berdaftar berdasarkan makluman yang diperolehi daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Surat makluman dihantar kepada pemilik kenderaan menggunakan Pos Berdaftar.
    5. Membuat semakan dengan Polis Diraja Malaysia(PDRM) jika kenderaan yang disita mempunyai kes kecurian.sekiranya ada kes,kenderaan tersebut akan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
    6. Jika tiada tuntutan,kenderaan akan disimpan selama 6 bulan sebelum tindakan pelupusan dibuat.
    7. bagi kenderaan yang telah cukup tempoh untuk pelupusan,senarai kenderaan akan disediakan untuk proses seterusnya.
    8. Surat makluman berkaitan proses pelupusan akan dikeluarkan kepada pemilik berdaftar kenderaan berdasarkan maklumat JPJ dan dihantar menggunakan Pos Berdaftar.
    9. Pemilik kenderaan diberikan tempoh 14 hari dari surat tersebut dikeluarkan untuk menuntut semula kenderaan.
    10. Hebahan akhbar juga akan dibuat berkaitan senarai kenderaan yang akan dilupuskan.Pemilik kenderaan diberi tempoh 14 hari dari tarikh hebahan untuk membuat tuntutan.Sekiranya tiada tuntutan,tindakan pelupusan akan dilaksanakan tanpa notis lanjut kepada pemilik.
    11. Kertas Cadangan Pelupusan Kenderaan Disita akan disediakan oleh Jabatan Penguatkuasaan.
    12. Kertas Cadangan yang telah siap akan dihantar kepada Unit Aset,Jabatan Khidmat Pengurusan.
    1. Unit Aset akan membawa Kertas Cadangan Pelupusan tersebut ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset,Majlis Perbandaran Kajang untuk dibentangkan.Mesyuarat tersebut bersidang 3 bulan skali.
    2. Sekiranya Kertas Cadangan Pelupusan tersebut diluluskan,Unit Aset akan memanggil Lembaga Pemeriksa di kalangan Pegawai Majlis pada masa yang ditetapkan untuk membuat pemeriksaan dan pengeshan ke atas kenderaankenderaan yang hendak dilupuskan.
    3. Berdasarkan amalan di Majlis Perbandaran Kajang,Lembaga Pemeriksa akan mengesyorkankenderaa-kenderaan tersebut dilupuskan secara besi buruk (scrap metal).
    4. Setelah diperiksa dan disahkan oleh Lembaga Pemeriksa,Unit Aset akan memanggil syarikat-syarikat yang berminat untuk memberi sebutharga pembelian kenderaan-kenderaan tersebut secara scrap metal.
    5. Unit Aset akan memilih syarikat yang menawarkan sebutharga yang munasabah terhadap kenderaan tersebut untuk tujuan pelupusan.
    6. Setelah syarikat yang Berjaya dipilih,Unit Aset akan menetapkan satu tarikh untuk tindakan pelupusan kenderaan-kenderaan tersebut.

    Setelah urusan pelupusan selesai,Unit Aset akan membuat laporan pelupusan dan dilaporkan semula di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset untuk pengesahan Pegawai Pengawal.

  2. Jika tidak, nyatakan langkah-langkah alternatif yang berkesan yang akan diambil?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.