Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

59) SKIM BANTUAN KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa lamakah prosedur kelulusan permohonan Skim Bantuan Kesihatan, dari saat data dimasukkan secara online?

    Bermula tahun 2017, semua permohonan Bantuan Sihat Selangor akan dibuat secara atas talian (online) iaitu melalui laman web selangor.gov.my Permohonan yang dibuat melalui Pusat Khidmat Masyarakat perlu mengemukakan dokumen yang lengkap kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN untuk proses kelulusan. Tempoh kelulusan bagi permohonan yang lengkap adalah 14 hari bekerja.

  2. Kategori sakit atau masalah kesihatan yang diberi bantuan di bawah Skim Bantuan Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor?

    Bantuan kesihatan yang ditawarkan di bawah Skim Bantuan Sihat Selangor adalah seperti berikut :

    1. bantuan menjalani rawatan dialisis bagi pesakit yang mengami kegagalan fungsi buah pinggang,
    2. bantuan katarak mata,
    3. bantuan pembedahan kecil,
    4. bantuan pembelian kaki palsu, dan
    5. bantuan alatan kesihatan termasuk lampin pakai buang dan susu.

Lampiran

Tiada Lampiran.