Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
58) KADAR PERCERAIAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kadar perceraian agak tinggi di Selangor. Terangkan kenapa
Jawapan ini adalah khusus untuk kes perceraian di kalangan orang Islam sahaja.
Kadar perceraian di Negeri Selangor adalah hampir sama dengan negerinegeri lain di Malaysia. Berdasarkan rekod Jabatan Agama Islam Selangor, kadar perceraian yang didaftarkan di Negeri Selangor bagi tahun 2016 adalah sekitar 38% sahaja berbanding dengan pendaftaran perkahwinan pada tahun yang sama.
Dari sudut angka, jumlah kes permohonan pembubaran perkahwinan di Negeri Selangor lebih banyak berbanding negeri lain kerana jumlah masyarakat Islamnya lebih tinggi berbanding negeri lain. Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), pasangan yang memohon untuk bercerai di Negeri Selangor juga terdiri di kalangan mereka yang berkahwin di negeri lain seperti di Pahang, Kedah, Kelantan dan sebagainya, tetapi mohon bercerai di Selangor kerana telah menetap di Selangor.
Berdasarkan kajian pihak JAKESS, antara faktor perceraian adalah seperti berikut:
Terjerumus dengan maksiat seperti judi,
minum arak dan pelacuran
Sifat cemburu berlebihan
Keengganan berpoligami
Keganasan rumah tangga
Masalah hubungan seksual
-
Nyatakan pecahan mengikut sebab-sebab berlaku perceraian
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
Perceraian merupakan jalan penyelesaian yang terakhir untuk hubungan rumahtangga yang tidak harmoni. Memilih jalan untuk berpisah adalah lebih baik daripada berterusan dalam hubungan yang mendatangkan mudarat, iaitu yang berbahaya dan berisiko tinggi.
Meskipun begitu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berusaha meminimakan kadar perceraian setiap tahun dengan menganjurkan programprogram kekeluargaan secara holistik bermula dari kelahiran, remaja sehingga membina keluarga, antaranya:-
- Program Modul Keluarga Sakinah
- Syurga Rumahtangga “ Suamiku Inspirasiku Isteriku Bidadariku”
- Amanah dalam Rumahtangga
- Akidah Sejahtera Keluarga Terpelihara
- Zina : Maksiat Paling Keji Dilaknat Allah
- Maqasid Syariah Membawa Kebaikan Kepada Keluarga
- Program Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti
- Perkhidmatan Ibu hamil
- Perkhidmatan Kemahiran Keibubapaan
- Perkhidmatan Pendidikan Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Keluarga Bermasalah
- Pengukuhan Akidah
- Pembangunan Remaja
- Perkhidmatan Saudara Baru
- Perkhidmatan Kejiranan
- Khidmat Nasihat Awam
- Program Pasca Perkahwinan
- Bulan Madu (bagi usia perkahwinan 0 – 5 tahun)
- Sehati Sejiwa (bagi usia perkahwinan 6 – 10 tahun)
- Semarak Kasih (bagi usia perkahwinan 11 – 20 tahun)
- Syurga Cinta (bagi usia perkahwinan 20 tahun ke atas)
- Program Seminar Keluarga Bahagia
- Forum Kekeluargaan (sempena Program Karnival Kampungku Kesayanganku 3K)
- Program Modul Keluarga Sakinah