Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
55) DASAR TENDER KERAJAAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendekatan yang dilaksanakan dalam dasar tender terbuka mengguna pakai dasar cut-off berbanding bidaan lowest?
Dasar Penilaian Perolehan secara Cut – Off ialah satu proses tanda aras sebut harga dan tender yang diperolehi daripada pasaran melalui formula statistik bagi mendapatkan harga yang munasabah. Sistem ini digunapakai untuk setiap perolehan Kerajaan secara sebut harga dan tender yang disertai oleh lebih sepuluh (10) pembida kerana keberkesanannya dalam aspek-aspek berikut:-
- Proses penanda arasan secara statistik telah dapat membantu jabatan/agensi dalam memastikan kemunasabahan harga bidaan yang hendak diperakukan agar setiap ringgit yang dibelanjakan Kerajaan akhirnya berjaya memperoleh nilai yang terbaik dan menguntungkan Kerajaan (Value for Money);
- Mengelakkan aktiviti melobi projek-projek Kerajaan memandangkan penilaian perolehan sebut harga dan tender diurus secara kaedah statistik yang telah dibuktikan berintegriti dan sistematik. Di dalam konteks Negeri Selangor, harga yang diperakukan mestilah harga yang berada dalam lingkungan julat Cut-Off iaitu harga yang tidak lebih rendah dari -20.00% Builders Work Adjusted Mean (BWAM);
- Berfungsi sebagi alat atau tools kepada jabatan/agensi untuk menyenarai pendek pembida-pembida yang mana harganya munasabah susulan hanya sepuluh (10) harga terbaik yang berada di dalam lingkungan atau julat Cut-Off dan tidak lebih rendah dari -20.00% BWAM sahaja yang akan dibawa ke penilaian teknikal. Kaedah ini membantu jabatan/agensi mempercepatkan proses penilaian kerana harga-harga yang terlalu rendah dan terlalu tinggi telah disisihkan di peringkat awal.
Kelebihan Dasar Perolehan secara cut off dapat dilihat dalam aspek-aspek seperti berikut:-
(i) Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut Off
Bil Kelebihan Huraian 1 Penilaian yang berintegriti dan sistematik Kaedah ini adalah telus kerana penentuan kemunasabahan harga bergantung penuh dari harga pasaran semasa dan ia ditentukan berdasarkan kaedah statistik setelah sebut harga / tender ditutup 2 Value for money Kaedah ini membolehkan jabatan memperakukan pembida yang lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga munasabah serta menguntungkan Kerajaan.
3 Alat / tools untuk mempercepatkan proses
penilaian
Kaedah ini mempercepatkan proses penilaian perolehan kerana berfungsi sebagai alat atau tools untuk menyenarai pendek dan menilai harga bidaan yang munasabah sahaja. Jadual 1
Statistik Tender Semasa Dasar Perolehan Harga terendah (Mulai 2011 hingga 2014)
TAHUN BIL TENDER
ANGGARAN JABATAN (RM)
NILAI PEROLEHAN
(RM)
JUMLAH LEBIHAN
(RM)
PERATUS (%)
2011
65 390,790,112.83 279,449,760.57 111,340,352.26 28.49 2012
74 588,645,064.25 478,434,189.57 110,221,324.67 18.72 2013
63 392,463,794.71 324,130,967.90 68,332,826.81 17.41 2014
120 986,071,217.14 845,743,963.72 140,327,253.42 14.23 JUMLAH
322 2,357,970,188.93 1,927,758,881.76 430,221,757.16 18.25 Jadual 2:
Statistik Tender Semasa Dasar Penilaian Perolehan Secara Cut Off (Mulai 2015 hingga kini)
TAHUN BIL TENDER
ANGGARAN JABATAN (RM)
NILAI PEROLEHAN
(RM)
JUMLAH LEBIHAN
(RM)
PERATUS (%)
2015
90
732,544,411.90 651,710,373.90 80,834,038.00 11.03 2016
158 1,227,454,314.37
1,003,288,098.55 224,166,215.82 18.26 *2017
15 189,315,570.50 160,052,099.66 29,263,470.84 15.46 JUMLAH
263 2,149,314,296.77 1,815,050,572.11 334,263,724.66 15.55 * Nota: sehingga 28 Februari 2017
-
Apakah perbandingan kebaikan dasar ini?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah ianya menambah penjimatan yang lebih baik dari pendekatan yang berdasarkan lowest?
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Dasar Harga Terendah telah dilaksanakan untuk tempoh empat (4) tahun bermula tahun 2011 sehingga 2014 di mana lebihan atau penjimatan yang direkodkan adalah berjumlah RM 430,221,757.16 atau 18.25% dari Anggaran Jabatan (AJ) yang berjumlah RM 2,357,970,188.93.
Manakala, Dasar Penilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off pula telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2015 dan kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya. Dasar ini masih lagi terpakai sehingga kini. Sungguhpun begitu, rekod menunjukkan Kerajaan Negeri telah berjaya merekodkan lebihan atau penjimatan berjumlah RM 334,263,724.66 atau 15.55% dari Anggaran Jabatan (AJ) yang berjumlah RM 2,149,314,296.77 pada tanggal 28 Februari 2017 iaitu bagi tempoh kira-kira dua (2) tahun dan dua (2) bulan pelaksanaannya.