Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

54) SELANGOR AGROFEST

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pengunjung yang hadir ke Selangor Agrofest 2016?

    Bilangan pengunjung yang hadir ke Selangor Agrofest 2016 yang telah dilaksanakan di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 20 hingga 23 Oktober 2016 adalah dianggarkan seramai 60,000 orang.

  2. Adakah program tersebut mencapai objektif dan membantu golongan petani, penternak dan nelayan?

    Secara keseluruhannya, program tersebut telah mencapai objektif pelaksanaan di dalam membantu golongan petani penternak dan nelayan khususnya dari segi memberikan khidmat nasihat kepada pengunjung khususnya kepada golongan sasaran, menyampaikan maklumat penggunaan kaedah-kaedah moden di dalam sektor pertanian seperti penanaman secara fertigasi, konsep penanaman secara plant factory, teknologi penternakan lembu sado serta penternakan ikan marin dan ikan air tawar secara kolam tanah dan penggunaan tangki atau kolam simen, mewujudkan peluang temu-suai di antara golongan petani dan penternak dengan pihak pembeli samada pemborong mahupun peniaga kecil, menyebarkan maklumat kepada semua pengunjung di mana produk-produk pertanian boleh di dapati selepas program selesai selain peluang golongan tersebut untuk mempromosikan produkproduk Industri Asas Tani (IAT) seperti kerepek, rempeyek, produk minuman, produk sejuk beku dan juga jualan benih-benih pokok.

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan SAF setanding dengan ekspo MAHA?

    Kerajaan Negeri sememangnya berharap agar Program SAF ini setanding dengan program MAHA anjuran Kerajaan Pusat tetapi terbatas disebabkan oleh faktor peruntukan.  

Lampiran

Tiada Lampiran.