Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

40) HAKISAN TEBING SUNGAI DAN PANTAI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kejadian hakisan tebing tanah di sepanjang persisiran pantai.

    Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor telah mengenal pasti tempattempat yang bermasalah dan kritikal dalam mengurangkan kejadian hakisan tebing tanah di sepanjang persisiran pantai dengan melaksanakan Projek Kawalan Hakisan dan Memperkukuhkan Benteng Pantai di kawasan Pertanian di daerah Kuala Selangor, Kawalan Hakisan dan memperkukuh benteng Pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastel Belt Daerah Sabak Bernam serta yang dijangka akan laksanakan di daerah Klang, Sepang dan Kuala Langat

  2. Berapakah kos dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

    Peruntukan siling RMK 11 yang diluluskan adalah sebanyak RM33.5 juta Peruntukan semasa 2017 adalah sebanyak RM 12.2 juta.

  3. Sila menyatakan Projek yang telah dilakukan sepanjang Tahun 2015 dan 2016

    Projek Kawalan Hakisan dan Memperkukuhkan Benteng Pantai di kawasan Pertanian di daerah Kuala Selangor serta Kawalan Hakisan dan memperkukuh benteng Pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastel Belt fasa 1 Daerah Sabak Bernam telah dilaksanakan pada tahun 2016 dan fasa 2 dijangka pada April 2017. Sebanyak 9 projek lantikan perunding bagi menjalankan kajian dan reka bentuk terperinci projek kawalan hakisan di daerah Klang, Sepang dan Kuala Langat dijangka akan dilaksanakan pada 2017.

    MAKLUMAT TAMBAHAN: 

    Kadar purata hakisan pantai di seluruh Malaysia adalah 12m setiap tahun. Namun begitu, hasil kajian “National Coastal Erosion” mendapati bagi pantai di Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang mengalami hakisan teruk kadar hakisan boleh mencapai 24m setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.