Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

33) ISU PEMBINAAN PERPUSTAKAAN AWAM DI DAERAH SEPANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini apakah status projek pembinaan perpustakaan awam di Daerah Sepang?

    Status projek pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang memerlukan semakan semula disebabkan 4 lot kedai berkeluasan 25,696 kaki persegi yang dicadangkan tidak bersesuaian sebagaimana Laporan Teknikal JKR ketika lawatan tapak pada 9 September 2016. Di antara isu yang dibangkitkan ialah:

    1. Bebanan dan rekabentuk tidak bersesuaian untuk tujuan perpustakaan
    2. Tiada ruang untuk sub station TNB dan memerlukan kerja pecah bagi pemasangan kabel elektrik, ICT dan telefon
    3. Ketiadaan ruang yang bersesuian bagi keperluan bomba seperti hose reel dan pam air
    4. Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang kurang optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.

    Oleh itu, Perpustakaan dipinta untuk membentangkan di dalam MTES cadangan Perpustakaan Daerah Sepang dengan mencari lot yang bersesuaian atau pembinaan bangunan baru di atas tanah berkeluasan 7 ekar PT:4136, H.S.(D):

    42193 Mukim Dengkel sebagaimana yang telah diperuntukkan.

  2. Bilakah projek ini akan dijalankan?

    Perpustakaan telah diperuntukkan RM 6 juta di dalam RMKe 11 bagi tujuan pewujudan Perpustakaan Daerah Sepang. Namun disebabkan isu di atas Perpustakaan hendaklah mengemukakan cadangan baru atau keperluan bajet tambahan bagi pembinaan bangunan baru Perpustakaan Daerah Sepang. Dijangkakan akan dijalankan pada tahun 2018 dengan memenuhi semua prosedur yang ditetapkan begitu juga kemampuan kewangan.

    PERINCIAN STATUS PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG

     Bil.  

    Perkara

     

    Catatan

     

     

    Rujukan

     

    1.

     

    Tapak Perpustakaan

    Daerah Sepang

     

    Pejabat Tanah & Daerah Sepang telah meluluskan pemberimilikan tanah PT: 4136 dan H.S. (D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar untuk tujuan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang.

     

     

    Lampiran

    1

     

    2.

     

    RMKe11           (2016-

    2020)

     

    PPAS telah mengemukakan kertas kerja bagi pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang dengan kos RM 36 juta.

     

     

    Lampiran

    2

     

    3.

     

    Peruntukan

    Pembangunan 2016

     

     

    PPAS telah diperuntukan RM 6 juta bagi Perpustakaan Daerah Sepang dengan cadangan pembelian lot-lot kedai di Bandar

    Baru Salak Tinggi

     

     

    Lampiran

    3

     

    4.

     

    Lot Kedai Bandar

    Baru Salak Tinggi

     

    Dengan peruntukan yang diterima berjumlah RM 3.5 juta bagi tahun 2016. PPAS telah membuat tindakan bagi pembelian lot-lot kedai sebagaimana berikut:

     
      Lot Area Total  
     

    19

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,

    & 3rd floor)

     

    6,424

    sq.ft/lot

     

    21

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,

    & 3rd floor)

     

    6,424

    sq.ft/lot

     

    23

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

     

    6,424

     

            ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,

    & 3rd floor)

    sq.ft/lot    
     

    25

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd,

    & 3rd floor)

     

    6,424

    sq.ft/lot

    Jumlah 25,696 sq.ft
     

     

     

    5.

     

    Status pembelian lot kedai

     

    Dokumen perjanjian pembelian (sale & purchase agreement) diantara PPAS dan PNSB pada peringkat akhir dan sedia dimuktamadkan untuk ditandatangani bagi pembelian lot-lot kedai iaitu 4 lot rumah kedai 4 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang dengan harga hampir RM

    3 juta.

     

     

    Lampiran

    5

     

    6.

     

    Lawatan tapak

     

    PPAS,UPEN dan JKR telah membuat lawatan tapak pada 9 September 2016 melibatkan aspek-aspek seperti berikut:

    Ø  JKR Sepang – kerja-kerja struktur

    Ø  JKR Selangor – kerja-kerja elektrikal & mekanikal

     

     
     

    7.

     

    Ulasan Teknikal JKR

     

    Ringkasan ulasan JKR adalah seperti berikut:

     

     

    Lampiran

    6

      Agensi Ulasan  
    JKR

    Sepang

    (teknikal)

    Ø Bangunan sedia ada berbentuk rumah kedai dan dikhuatiri bebanan dan rekabentuk bagi perpustakaan adalah tinggi berbanding struktur asal bangunan.
    JKR    Ø Sub-station       TNB       perlu

     

          Selangor (elektrik & mekanikal) disediakan, namun tiada ruang yang bersesuian.

    Ø Pemecahan lantai bagi laluan kabel elektrik, ICT dan telefon

    Ø Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang tidak optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.

       
     

    8.

     

    Ulasan JKR Negeri

     

    JKR Selangor melalui keputusan Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2/2016 pada 20 September 2016 telah memberi ulasan teknikal struktur, mekanikal dan elektrikal dan ringkasan adalah seperti berikut:

    Perkara Ulasan
    Sistem

    Pencegahan

    Kebakaran)

    Tiada lokasi bersesuaian untuk menempatkan tangki air hose reel & pam hose reel
    Sistem

    Penyaman

    Udara

    Hanya sistem VRF yang bersesuaian, namun ruang sisling terhad untuk fabricating ducted & tiada ruang AHU

     

     

     

    Lampiran

    6

     

    9.

     

    Garis Panduan PNM

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:

     

     

    Lampiran

    7

      BIL JENIS

    PERPUSTAKAAN

    CADANGAN

    KELUASAN

     
    MPS KPS
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000
    2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000
    3. Perpustakaan

    Cawangan

    2,137 23,000

     

       

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

      4. Perpustakaan

    Pekan/Komuniti A

    (Bangunan)

    1,394 15,000    
    Perpustakaan

    Pekan/Komuniti A

    (Rumah Kedai)

    139-

    465

    1,500 –

    5,000

    Perpustakaan

    Pekan/Komuniti A

    (Pusat Beli Belah)

    112-

    139

    1,204 –

    1,500

    5. Perpustakaan Desa A 139 1,500
    Perpustakaan Desa B 121 1,300
    Perpustakaan Desa C 93 1,000
     

    10.

     

    Maklumat Umum

     

    1.    Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Negeri Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah

     

    2.    Keluasan Daerah Sepang adalah 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 600,000 orang,  pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah.

     

    3.    Berikut adalah perpustakaan yang terdapat di Daerah Sepang:

     

    •              Perpustakaan Pekan Sungai Pelek   Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab

    •              Perpustakaan Desa Jenderam Hilir

    •              Perpustakaan Desa Bukit Bangkong   Perpustakaan Desa Bagan Lalang.

    •              Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad

    Razali

    •              Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh

     

     
     
    Ringkasan Perpustakaan Di Seluruh Selangor:

     

    Daerah

      Kategori Perpustakaan    

    Jumlah

    Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak
    Petaling 1 1 3 3 5
    Klang 1 1 1 4 7
    Kuala

    Langat

    1 9 1 11
    Kuala

    Selangor

    1 1 1 11 14
    Sabak

    Bernam

    1 2 22 1 26
    Hulu

    Langat

    1 1 3 7 12
    Hulu

    Selangor

    1 1 7 9
    Gombak 1 1 2 4
    Sepang 1 6 7
     

    Jumlah

     

    1

     

    7

     

    4

     

    10

     

    71

     

    5

     

    98

     

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN YANG BERKAITAN:-

    1.0 Rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang merupakan projek bina baru di tapak yang telah diberi milikan oleh  oleh Pejabat Tanah & Daerah Sepang PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar.

    2.0 Lokasi kawasan ini amat strategik dan dikelilingi bangunan mahkamah, sekolah menengah, pangsapuri, perumahan dan rumah kedai. Perancangan awal oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  bagi membina sebuah Perpustakaan Daerah yang berkeluasan 90,000 kps. Anggaran kos bagi pembinaan perpustakaan ini adalah RM36,000,000.00 juta. Ini kerana Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah.

    3.0 Selain  permintaan bagi mewujudkan perpustakaan yang amat tinggi, Daerah Sepang juga telah menunjukkan pembangunan yang pesat dengan keluasan 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 500,000 orang,  pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah memerlukan sebuah perpustakaan  yang lebih selesa dan sempurna kepada masyarakat.

     

    4.0 Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:

     

    BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN 
    MPS KPS
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000
    2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000
    3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000
    4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Bangunan)

    1,394 15,000
    Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Rumah Kedai)

    139-465 1,500 – 5,000
      Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Pusat Beli Belah)

    112-139 1,204 -1,500
    5. Perpustakaan Desa A 139 1,500
      Perpustakaan Desa B 121 1,300
    Perpustakaan Desa C 93 1,000

     

    Sumber Rujukan: 

    Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Awam Tahun 2015 oleh Perpustakaan Negara Malaysia

     Program Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11

    5.0 Namun begitu, dibawah RMKe11 (2016-2020) telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 6,000,000.00 juta sahaja kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menyediakan perkhidmatan perpustakaan di Daerah Sepang sebagai tambahan kepada perpustakaan sedia ada iaitu:

    1. Perpustakaan Pekan Sungai Pelek (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
    2. Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
    3. Perpustakaan Desa Jenderam Hilir ((telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
    4. Perpustakaan Desa Bukit Bangkong (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
    5. Perpustakaan Desa Bagan Lalang
    6. Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali (telah dinaiktaraf berkonsepkan “rebranding PPAS)
    7. Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh (dibawah pengurusan Perpustakaan Negara Malaysia)

    6.0 Sehubungan itu, bagi menyokong keperluan di atas dan selaras dengan peruntukan RM 6 juta oleh kerajaan Negeri  maka pihak PPAS telah membuat penelitian bagi pembelian  4 lot rumah kedai 4 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang milik Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk diwujudkan perkhidmatan Perpustakaan Cawangan Salak Tinggi, Sepang dengan anggaran kos beli bangunan berjumlah RM 3 juta.

     

    7.0 Pihak PPAS dan PNSB sedang dalam proses untuk memuktamadkan dokumen perjanjian jual beli (sale & purchase) bagi lot-lot bangunan berkenaan.

     

     

     

     

    8.0 Butiran lot adalah sebagaimana berikut:

     

    No.

    Lot

    Area Total
     

    19

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    21

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    23

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    25

     

    ‐ 1,474 sq.ft (ground floor)

    ‐ 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

       

    Jumlah

     

    25,696 sq.ft

     

    9.0 Perkhidmatan yang akan disediakan di Perpustakaan Cawangan Salak Tinggi Sepang ini meliputi:

    1. Koleksi Am

    Koleksi buku-buku bacaan yang terkini bagi keperluan semua golongan pembaca meliputi golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

    1. Rujukan Dan Penyelidikan

    Koleksi buku-buku rujukan, ilmiah yang terkini meliputi juga  koleksi CD dan jurnal serta langganan pengkalan data yang bersesuaian untuk penyelidikan

    1. Internet dan Multimedia

    Disediakan juga kemudahan komputer dan wifi bagi melayari internet secara percuma

    1. Perkhidmatan Kanak-kanak

    Disediakan pelbagai buku dan multimedia bagi merangsang pendidikan kanakkanak yang berupa zon kreatif  dan edutainment (iaitu gabungan education dan entertainment).

    1. Koleksi Khas; Industri Penerbangan

    Sebagai sebuah negeri yang mempunyai lapangan terbang yang diantara terhebat didunia iaitu KLIA dan KLIA2 maka Perpustakaan Cawangan Sepang ini akan menghimpunkan koleksi-koleksi spesifik berkaitan industri penerbangan dan aeroangkasa.

    1. Koleksi Khas; warga emas

    Koleksi untuk warga emas dan pesara juga akan diberi tumpuan bagi mengekalkan golongan ini menjadi sahabat perpustakaan dan menjadi tempat yang dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk tujuan menghabiskan waktu terluang juga menambahkan ilmu keagamaan.

    1. Koleksi Khas Untuk Kolej, IPTA dan IPTS

    Disediakan juga koleksi bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan penyelidikan bagi pelajar kolej dan IPTA serta IPTS yang berhampiran.

    1. Pusat Siber Rakyat

    Sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan computer dan multimedia pagi program dan bengkel kemahiran IT dikalangan pengguna.

    1. Bilik Seminar dan bilik perbincangan

    Bilik seminar dan bilik perbincangan adalah untuk kemudahan masyarakat mengadakan program dan aktiviti diperpustakaan.

    1. Ruang Pertemuan (meeting area)

    Disediakan ruang santai bagi membolehkan pengguna membuat pertemuan dan perbincangan perbagai bentuk tugasan dan penyelidikan

    1. Surau

    Sebagai kemudahan kepada pengguna beragama Islam, disediakan surau wanita dan lelaki.

    1. Kafetaria

    Disediakan juga kafetaria sebagai satu kemudahan kepada pengunjung perpustakaan untuk berada diperpustakaan seharian

    1. Lift

    Ini adalah keperluan agar perpustakaan lebih mesra pengguna terutamanya kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan usia emas.

    1. Fasiliti Untuk Keibubapaan (parenting)

    Perpustakaan Cawangan Sepang ini juga akan menyediakan ruangan khas bagi kemudahan ibu dan bayi (nursing room).

    1. Fasiliti Untuk Orang Kurang Upaya

    Fasiliti dalam pelbagai aspek juga akan melihat kepada keperluan golongan OKU dan perpustakaan akan menjadi mesra pengguna kepada golongan istimewa ini.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.