Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

32) SKIM CERIA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pencapaian Skim CERIA dari tahun 2014-2016

    Manfaat Skim CERIA dari tahun 2014 sehingga 2016 telah dinikmati oleh 104 pangsapuri dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM47,710,676.76 bagi tujuan baik pulih kerosakan harta bersama. Bantuan Skim CERIA bagi tempoh tersebut dianggarkan dapat dinikmati oleh tidak kurang daripada 40,000 penduduk. Ia merupakan sebahagian daripada 263 pangsapuri yang telah menerima bantuan tersebut dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM85 juta serta memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk kediaman pangsapuri.

  2. Nyatakan peruntukan untuk melaksanakan Skim CERIA dari 2014-2016

    Peruntukan untuk pelaksanaannya disalurkan melalui Tabung Amanah dengan modal pusingan sebanyak RM25 juta. Bagi tempoh 2014 sehingga 2015, sebanyak 104 pangsapuri telah menerima manfaat bantuan Skim CERIA dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM47,710,676.76.

Lampiran

Tiada Lampiran.