Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
28) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah melaksanakan perubahan yang signifikan kepada SRA selari dengan perkembangan pembelajaran digital?
Telah dilaksanakan melalui penubuhan Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor (PBANS) dan sekarang telah dinaiktaraf kepada Institut Murabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di mana guru-guru diberi pendedahan dengan menghadiri kursus jangka pendek bagaimana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan IT.
IMANS menawarkan kursus jangka pendek kepada semua murid di peringkat sekolah rendah bagi pendedahan pembelajaran digital. Jabatan Agama Islam Selangor merancang mengadakan projek rintis penggunaan tablet kepada guruguru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek perintis akan dilaksanakan di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Alam Impian, Klang.
-
Nyatakan jumlah SRA yang akan dibina dan dinaiktaraf pada tahun 2017.
Sebanyak 3 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) yang dirancang untuk dibina pada tahun 2017 telah pun bermula iaitu:
i.SRA Bandar Country Homes, Gombak dijangka tender pada bulan April 2017 ii. SRA Denai Alam, Petaling dijangka tender pada bulan April 2017 iii. SRA Kota Damansara Damai, Petaling telah pun dalam proses pembinaan
Tiada projek SRA yang akan dinaiktaraf pada tahun 2017. Walaubagaimanapun, setakat Mac 2017 sebanyak 47 buah sekolah telah diluluskan untuk dibaikpulih pada tahun 2017.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan guru SRA yang memahami tentang pendekatan pembelajaran Abad21?
Perancangan Kerajaan Negeri bagi menyediakan guru di bawah pengurusan JAIS yang memahami tentang Pembelajaran Abad 21 (PAK 21) adalah melalui kursus-kursus PAK 21 yang bersifat training of trainers kepada pegawai di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Unit Pendidikan Islam (UPI) daerah, pengetua dan guru besar untuk dikembangkan di pelbagai peringkat. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah dari Institut Aminuddin Baki dan Kementerian Pelajaran Malaysia.