Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
15) PUSAT DIALISIS NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah sepatutnya yang memutuskan dan menentukan kelayakan pesakitpesakit yang menjalani rawatan Dialisis di pusat tersebut?
Pesakit yang layak untuk menerima Bantuan Sihat Selangor (BSS) bagi menjalani rawatan dialisis perlulah mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia dan lahir atau telah menetap di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Pendapatan bagi isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah
Permohonan perlulah dibuat secara atas talian ‘online’ di laman web bantuansihat.selangor.gov.my dan mengemukakan dokumen ke pihak UPEN. Setiap permohonan yang menepati syarat kelayakan akan dipertimbangkan untuk menerima Bantuan Sihat Selangor. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak dan mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
-
Bagaimanakah pengurusan dan pengendalian pesakit-pesakit yang menerima rawatan Dialisis di jalankan?
Pesakit yang layak menerima Bantuan Sihat Selangor (BSS) akan menjalani rawatan dialisis di Panel Dialisis yang berdaftar berdasarkan jumlah peruntukan yang diluluskan. Panel Dialisis akan membuat tuntutan pembayaran kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN setelah pesakit menggunakan keseluruhan peruntukan yang luluskan tersebut.