Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

12) PENJENAMAAN SELANGOR INVESTMENT CENTRE (SSIC)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan keberkesanan penjenamaan semula SSIC kepada Invest Selangor?

    Pelancaran penjenamaan SSIC Berhad kepada Invest Selangor Berhad telah diumumkan pada 18hb Mei 2015.

        Matlamat

    1. Menyediakan imej baharu dan hala tuju yang jelas tentang peranan organisasi.
    2. Mempromosikan negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia dan ASEAN.
    3. Memberikan gambaran yang jelas tentang fungsi dan peranan organisasi.

            Keberkesanan

    1. Mengukuhkan kesedaran tentang wujudnya agensi penggalakan pelaburan di negeri Selangor.
    2. Maklumbalas yang diterima dari para ‘stakeholders’ amat menggalakkan yang mana mereka menyatakan ia adalah langkah yang tepat untuk mempromosi negeri Selangor.
    3. Jenama ini lebih menonjol dan dikenali semenjak ianya dilancarkan.
    4. Jumlah bilangan projek perkilangan yang diterima terus meningkat di mana pada tahun 2015 sebanyak 222 projek diterima, manakala pada tahun 2016 sebanyak 242 projek diterima.
  2. Nyatakan kos perbelanjaan bagi proses penjenamaan semula ini.

    Jumlah kos perbelanjaan penjenamaan semula ini adalah sebanyak

    RM299,762.30 yang ianya adalah merangkumi pemilihan logo, corporate identity manual, laman web baharu, majlis pelancaran, bahan-bahan promosi, percetakan dan stationery.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.