Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
8) PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan luar bandar yang lebih dinamik dan tersusun?
Kerajaan Negeri peka dengan kepentingan pembangunan luar bandar supaya ia seiring dengan pembangunan di bandar. Selaras dengan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan luar bandar dengan tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam/ asas luar bandar seperti jalan, longkang, dewan serbaguna, balairaya dan lain-lain. Bagi memastikan pembangunan luar bandar ini dilaksanakan secara dinamik dan mampan, Kerajaan Negeri komited supaya peruntukan bagi pembangunan luar bandar ini diteruskan setiap tahun dan kerja-kerja bagi naiktaraf dan baik pulih dilaksanakan secara berperingkat supaya kemudahan awam/asas di luar bandar ini berada di dalam keadaan yang baik.
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil maklum akan aduan yang diterima dari setiap Pejabat Daerah dan Tanah yang merupakan agensi penghubung antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk. Ini adalah untuk memastikan permohonan bagi pelaksanaan pembangunan luar bandar dilaksanakan dengan tersusun.
-
Senaraikan projek Kerajaan Negeri yang bernilai lebih RM10 juta di kawasan luas bandar pada tahun 2016
Bagi tahun 2016, terdapat projek-projek di dalam perancangan dan juga pelaksanaan dengan kos melebihi RM10 juta. Jumlah projek di bawah pelaksanaan Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah 7 projek dengan anggaran kos projek RM 420.5 juta, Jabatan Pengairan Selangor (JPS) ialah 2 projek dengan anggaran kos projek RM33.0 juta dan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ialah 4 projek dengan anggaran kos projek RM48.0 juta.
Berikut adalah senarai projek-projek tersebut:Projek-projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR)
BIL NAMA PROJEK KOS PROJEK (RM) 1 Menggantikan Jambatan Lama Di Kg. Rantau Panjang, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor
26,500,000.00 2 Membina Jalan Menghubungkan Kampung Sri Indah A Ke Jalan Hospital Sungai Buloh (Ft15)
40,000,000.00 3 Membina Laluan Hijau, Bandar Baru Selayang Ke Jalan Sg Tua / Bukit Boyan (B23)
80,000,000.00 4 Membina Jalan Dari Kajang Ke Kg Pasir, Sg.Lalang Melalui Perkampungan Naqasabandiah
100,000,000.00 5 Menaiktaraf Jalan Kg. Lombong Fasa 1 & 2, Daerah Klang
37,000,000.00 6 Menaiktaraf Jalan B23 Jalan Sg Tua Dan Persimpangan Kg. Bendahara, Sungai Tua, Gombak,
Selangor
30,000,000.00 7 Menaiktaraf Laluan B42 Dari Simpang Laluan B74 Ke Kg.Raja Musa (Fasa I)
107,000,000.00 JUMLAH 420,500,000.00 Projek-projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan Selangor (JPS)
BIL NAMA PROJEK KOS PROJEK (RM) 1 Projek Tebatan Banjir Kg. Melayu Subang Di Sg. Pelempas
20,000,000.00 2 Projek Tebatan Banjir Di Sabak Bernam 13,000,000.00 JUMLAH 33,000,000.00 - Projek-projek di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
BIL NAMA PROJEK KOS PROJEK (RM) 1 SRA Ehyaul Falah 2, Sg.Besar 10,000,000.00 2 Maahad Tahfiz 16,000,000.00 3 Masjid Nurul Iman, Kg. Telok Gadong 12,000,000.00 4 Masjid Kampung Melayu Rasa 10,000,000.00 JUMLAH 48,000,000.00