Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

7) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang sedang dalam pembinaan?

    Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Ia merangkumi sebanyak 22,494 unit rumah dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku manakala baki 66,902 unit lagi bukan dibawah Skim Insentif Galakan Rumah Selangorku. Daripada keseluruhan unit tersebut terdapat sebanyak 20,675 unit RSKU yang sedang dalam pembinaan. Perinciannya adalah seperti berikut :-

    Projek Rumah Selangorku yang sedang dibina mengikut jenis sejak tahun 2014 sehingga kini :-

    PBT Bilangan

    Projek

    Rumah Selangorku (RSKU) Jumlah

    Keseluruhan

    Projek / Unit

    Jenis A Jenis B Jenis C Jenis D
    MBSA 1 750 1,508 2,190 4,448
    MPK 4 4 40 1,987 2,192 4,223
    MPKj 4 142 1,067 762 867 2,838
    MPSJ 1 464 464 234 1,162
    MPS 2 442 442
    MPSp 6 445 629 1,940 3,014
    MDKS 3 107 315 224 646
    MDKL 2 330 660 1,982 670 3,642
    MDSB 1 116 104 40 260
    JUMLAH 24 1,333 4,300 8,875 6,167 20,675
  2. Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang telah siap dibina?

    Bagi projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina pula, sebanyak 2 projek dengan keseluruhan sebanyak 665 Jumlah ini tidak termasuk Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah diperkenalkan untuk tempoh interim dari tahun 2010 – 2013 sebelum Dasar Rumah Selangorku diperkenalkan. Perinciannya adalah seperti berikut :-

    Projek Rumah Selangorku yang telah siap dibina mengikut jenis sejak tahun 2014 sehingga kini :-

    PBT Bilangan Projek Jumlah Unit
    MBSA 1 536 (Jenis C)
    MDHS 1 129 (Jenis D)
    JUMLAH 2 665
  3. Berapakah jumlah Rumah Selangorku yang telah diserahkan kunci kepada pemilik?

    Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Selangor yang telah siap dibina untuk tempoh tahun 2010 sehingga tahun 2013 :-

    PBT Bilangan Projek Jumlah Unit
    MPKj 3 352
    MPS 1 1,422
    MBPJ 1 236
    JUMLAH 2 2,010

Lampiran

Tiada Lampiran.