Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
3) BANDAR WARISAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sejarah dan warisan setempat bandar-bandar seperti Kajang, Klang, Ampang, Batu Arang dan sebagainya?
Perancangan pembangunan sejarah dan warisan setempat bagi :-
- Kajang
Merancangan Pembangunan Warisan dengan menentukan semula kawasankawasan bersejarah dan juga kaitan dengan kedatangan kaun Jawa di kawasan tersebut.
- Klang
Beberapa bangunan warisan seperti Gedung Raja Abdullah, bangunan bekas Pejabat Agama Islam Klang (PAID) dalam tindakan kerja-kerja konservasi dan naik taraf sebagai muzium. Pengekalan bangunan-bangunan warisan ini dapat dijadikan produk untuk pelancongan selain ia mengekalkan rupa Bandar warisan bagi daerah Klang.
- Ampang
Dalam tindakan mengenalpasti tapak-tapak yang berkaitan dengan warisan bagi tujuan pewartaan.
- Batu Arang
Dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Warisan Negara untuk dijadikan warisan.
-
Bagaimana untuk menarik golongan muda dan pelajar melakukan Ôfield tripÕ atau beriadah di sana?
Bagi menggalakkan serta menarik golongan muda ke tapak-tapak tersebut, selain kerja-kerja konservasi perlu juga pembangunan infrastruktur dan promosi untuk menyebarluaskan mengenai tapak-tapak warisan yang ada di Selangor.
TOURISM SELANGOR
Bagi menarik golongan muda dan pelajar untuk melakukan fieldtrip dan juga aktiviti beriadah di sana, pebagai inisiatif yang boleh dianjurkan seperti aktiviti karnival warisan dan sejarah, pameran fotografi, bengkel pelancongan, dan program CSR yang melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan sejarah dan warisan.
Antara usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi melancarkan kempen kesedaran dan menarik golongan muda beriadah di kawasan sejarah dan warisan adalah seperti berikut:
i) Program #TSDAYOUT, anjuran Tourism Selangor
ii) Program Discover Selangor Photo Hunt, anjuran Tourism Selangor iii)Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa, anjuran Tourism Selangor
iv) Klang Arts Festival, anjuran Tourism Selangor
v) Program Royal Klang Heritage Walk oleh Tourism Selangor dan MPK
vi) Wings of Kuala Kubu Bharu, anjuran MDHS
vii) Bukit Jugra Trail Run, anjuran MDKL
viii)Kayuhan Santai Basikal Klasik, anjuran MPK
ix)Himpunan Motor Klasik se-Malaysia, anjuran MDKL
x) Kembara Muzium, anjuran PADAT
xi Bengkel Konservasi Bangunan Warisan Selangor, anjuran PADAT xii)MDKL Eco Challenge, anjuran MDKL