Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
1) PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal selepas dikendalikan oleh KDEBWM.
Sepanjang pengambilahan operasi pengurusan sisa pepejal di MPK, KDEBWM
telah memperkenalkan beberapa inisitif baru bagi mempertingkatkan
keseluruhan operasi pengurusan sisa pepejal di PBT berkenaan iaitu:1. pemberian lori kompaktor baru yang dilengkapi sistem pemantauan Auto
Vehicle Locating System (AVLS), kamera undur dan CCTV kepada subkontraktor
menggunakan kaedah sewa-beli;
2. penggunaan sebuah lori kompaktor baru di setiap zon (1 lori 1 zon);
3. pewujudan Centralized Command Centre (CCC) yang berperanan
sebagai pusat kawalan operasi kutipan sisa pepejal KDEBWM dalam
menerima aduan serta pemantauan penyelia kawasan dan kontraktor
kutipan;
4. penggunaan telefon pintar yang dilengkapi dengan alat pengesan
(tracker) bagi memantau pergerakan penyelia kawasan dan lori
kompaktor;
5. penggunaan Aplikasi i-Clean sebagai salah satu medium kepada
pengguna untuk menyalurkan aduan; dan
6. penggunaan aset-aset lain selain kompaktor seperti RORO dan tricycle
sebagai aset sokongan.Keberkesanan turut boleh dilihat dari aspek statistik aduan yang menunjukkan
trend penurunan yang signifikan seperti berikut:Usaha penambahbaikan dan pemodenan infratruktur kutipan yang dilaksanakan
oleh KDEBWM di MPK adalah bertepatan dengan komitmen Kerajaan Negeri
untuk membangunkan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang
berkonsepkan Smart City dan Smart State. Penggunaan aplikasi dan teknologi
dalam menangani masalah pengurusan sisa pepejal di negeri Selangor bukan
sahaja merealisasikan objektif kerajaan negeri untuk membangunkan
persekitaran dan infrastruktur yang lebih mampan, bahkan akan turut
menyumbang kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan
bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. -
Sila nyatakan apakah kekangan utama yang dihadapi oleh KDEBWM
Pada peringkat permulaan dalam melaksanakan mandat Kerajaan Negeri
berkaitan pengurusan sisa pepejal di MPK, KDEBWM terpaksa membersihkan
timbunan sampah tinggalan kontraktor yang terdahulu. Saya difahamkan
bahawa, sudah menjadi suatu kelaziman bagi kontraktor lama yang dilantik oleh
PBT yang telah mengetahui bahawa mereka tidak berjaya di dalam tender
kutipan sampah akan meninggalkan kawasan mereka dan tidak membuat kerjakerja kutipan seperti biasa. Seperti yang berlaku di kawasan MPK tempoh hari,
saya dimaklumkan bahawa kontraktor-kontraktor lama telah meninggalkan
kawasan mereka dan tidak membuat kerja-kerja kutipan hampir dua minggu. Ini menyebabkan berlakunya backlog sampah dalam kuantiti yang luar biasa dan pihak KDEBWM telah mengambil masa lebih dua bulan untuk menstabilkan
kembali keadaan. Keadaan yang sama juga kini berlaku di kawasan Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) apabila pihak KDEBWM kini bertungkus lumus untuk menyelesaikan backlog tinggalan kontraktor lama.
Selain daripada itu, data dan maklumat inventori yang kurang tepat
menyebabkan kesukaran di pihak KDEBWM untuk menyediakan anggaran harga yang tepat berdasarkan jumlah rumah sebenar yang ada di lapangan. -
Sila huraikan apakah perancangan secara holistik dan jangka panjang demi memastikan pengurusan sisa pepejal mencapai hasrat Kerajaan Negeri
Antara fokus utama Kerajaan Negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik
untuk rakyat adalah melalui penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan kecekapan operasi dengan memperkenalkan KDEBWM sebagai Project Management Company (PMC) yang bertanggungjawab sebagai pengurus bagi pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Selangor. Setelah kejayaan pelaksanaan
perkhidmatan ini dapat dilihat di MPK, Kerajaan Negeri melalui MMKN Bil.
42/2016 pada 21 Disember 2016 dan disahkan oleh MMKN 1/2017 pada 11
Januari 2017 telah bersetuju untuk meluluskan perluasan perkhidmatan PMC di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menggunakan modus operandi yang sama selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berkonsepkan Smart City dan Smart State. Kerajaan Negeri turut merancang untuk memperluaskan perkhidmatan PMC ke lain-lain PBT pada masa akan datang. Selain daripada itu, dari segi pengurusan tapak pelupusan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke
16/2016 yang diadakan pada 11 Mei 2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) Ke 17/2016 pada 18 Mei 2016 turut telah menimbang dan bersetuju supaya anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad (WHB) menerajui usaha untuk membangunkan dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC)
bersebelahan dengan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram (TPSJ) Kuala Selangor. Untuk makluman, ISWMC adalah satu sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti atau kemudahan seperti berikut:
1. Loji Waste To Energy (WTE);
2. Loji Kitar Semula;
3. Loji Pencernaan Anerobik (AD);
4. Loji Kompos;
5. Loji Kitar Semula Sisa Binaan; dan
6. Pusat Penyelidikan & Pembangunan
Dengan adanya ISWMC ini, sisa pepejal yang dihasilkan di Negeri Selangor
bukan hanya dilupuskan, tetapi juga akan menjadi sumber kepada tenaga
elektrik, penghasilan baja, kutipan barangan kitar semula dan lain-lain yang
dapat menambah nilai kepada aktiviti ekonomi Negeri Selangor.