Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

179) PASAR MALAM PUNCAK ALAM

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani bantahan penduduk berkaitan lokasi Pasar Malam Puncak Alam yang dikatakan tidak lagi sesuai kerana di terletak di laluan utama?

    Berhubung langkah-langkah yang diambil bagi menangani bantahan penduduk berkaitan lokasi Pasar Malam Puncak Alam yang dikatakan tidak lagi sesuai kerana terletak di laluan utama, Pihak MDKS telah mengadakan dua perbincangan awalan bagi menyelesaikan masalah ini antaranya:

    Perbincangan Pertama:

    Perbincangan melalui Mesyuarat Penyelarasan Pelesenan Premis Perniagaan Bilangan 02/2018 pada 26 Januari 2018 yang dihadiri oleh wakil Jabatan Dalaman,   Majlis   Daerah   Kuala   Selangor   (MDKS)   telah   bersetuju   untuk dianjakkan 285 petak Pasar Malam Puncak Alam bagi kedua-dua sesi (Rabu dan Sabtu) sebanyak 300 meter daripada persimpangan utama jalan menghala ke Dataran Suria, Puncak Alam dengan tempoh satu bulan untuk proses pemindahan termasuk penyediaan notis pemberitahuan, pengecatan semula petak dan penyelarasan semula peniaga di tempat baharu.

     

    Perbincangan Kedua:

    Perbincangan pada 26 Februari 2018, bersama Pengerusi Jawatankuasa Setempat, Peniaga Pasar Malam Puncak Alam (Rabu dan Sabtu), Ahli Majlis kawasan serta Pegawai Pelesenan bersetuju dengan syor sementara seperti berikut:

     

    • Anjakkan sebanyak 10 petak ke belakang bersamaan 80-100 meter daripada persimpangan jalan ke Alam

     

    • Pihak persatuan akan menggunakan khidmat RELA untuk menjaga keadaan lalulintas di persimpangan bagi mengelakkan kesesakan trafik.

     

    Mulai 14 Februari 2018 langkah yang telah diambil secara sementara adalah mengadakan kawalan lalulintas menggunakan khidmat pihak RELA.

  2. Adakah Kerajaan Negeri ada cadangan untuk pemindahan lokasi? Jika ada di mana?

    Ada, iaitu di kawasan bersebelahan dengan Pasar Malam tersebut iaitu kawasan jalan susur lot kedai komersial Lorong Az-Zaharah B10, Lorong Az- Zaharah A10 dan Jalan Az-Zaharah10/2, Puncak Alam. Walau bagaimanapun cadangan ini masih belum dipertimbangkan kerana perlu mendapat maklumbalas peniaga sekitar, persatuan peniaga pasar malam, MPP serta mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan,

Lampiran

Tiada Lampiran.