Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
172) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jumlah hutang Kerajaan Negeri sehingga kini.
Jumlah terkini hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2017 adalah berjumlah RM1,126.39 juta. Sejumlah 96.30% daripadanya merupakan pinjaman bagi Projek Bekalan
Selain daripada Projek Bekalan Air, pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:
- Skim Amanah Saham Selangor iaitu 2.52%; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor iaitu 18%.
-
Nyatakan kemampuan Kerajaan Negeri untuk membayar balik hutang tersebut.
Kerajaan Negeri berkemampuan dan sentiasa komited dalam membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan tahunan juga akan disediakan secukupnya dalam Anggaran Belanjawan
Perincian bayaran balik pinjaman oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017 yang berjumlah RM29,533,931.67 adalah seperti berikut:
- Projek Perumahan Awam Kos Rendah : RM5,908,650.08;
- Projek Bekalan Air : RM16,988,199.40;
- Skim Amanah Saham Selangor : RM1,893,379.46; dan
- Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya Selangor : RM4,743,702.73.