Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
165) PRESTASI SUKAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kecemerlangan sukan Negeri Selangor pada 2017.
Antara kecemerlangan sukan Negeri Selangor di peringkat kebangsaan adalah Kejohanan SEA GAMES 2017. Seramai 139 orang atlet daripada 844 orang atlet keseluruhan yang bertanding di Kejohanan SEA GAMES 2017 merupakan atlet Negeri Selangor dan merupakan Negeri yang terbanyak melahirkan atlet di Kejohanan SEA GAMES 2017 tersebut. Antara pecahan pingat yang diperolehi oleh atlet Negeri Selangor semasa kejohanan tersebut adalah seperti berikut:-
Pingat
Kontinjen Malaysia Atlet Selangor
Peratus Sumbangan Emas 145 41 28.3 % Perak 92 28 30.4 % Gangsa 86 28 32.6 % -
Nyatakan jumlah insentif yang diberikan kepada atlet cemerlang tersebut.
Antara insentif-insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) kepada atlet, pengurusan pasukan dan pihak persatuan sukan negeri yang berjaya memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Kejohanan Sukan Malaysia adalah seperti berikut :-
KATEGORI PINGAT INDIVIDU
Emas
Perak Gangsa 5,000.00 2,000.00 1,000.00 PASUKAN KURANG (<) 5 ORG Emas/ Pasukan
Perak/ Pasukan
Gangsa/ Pasukan
3,000.00 800.00 500.00 PASUKAN LEBIH Emas/ Perak/ Gangsa/ KATEGORI PINGAT (>) 5 ORG Individu Individu Individu 2,000.00 700.00 400.00 PENGURUSAN PASUKAN Emas Perak Gangsa 2,000.00 750.00 500.00 PERSATUAN Emas Perak Gangsa 2,000.00 750.00 500.00 Insentif kepada pencatat rekod baru :-
KATEGORI JUMLAH (RM) Rekod Baru Kebangsaan 4,000.00/ setiap pingat Rekod Baru SUKMA 2,000.00/ setiap pingat