Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

152) GERAI PENJAJA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kelulusan lesen penjaja dari 2015-2017.

    Jumlah kelulusan lesen penjaja bagi tahun 2015 adalah sebanyak 10,924, bagi tahun 2016 adalah sebanyak 14,537 manakala bagi tahun 2017 adalah sebanyak 14,377. Perincian kelulusan lesen penjaja dari 2015-2017 mengikut PBT adalah seperti berikut :

    Jadual 1 : Jumlah kelulusan lesen penjaja dari 2015-2017 mengikut PBT

     

    PBT

    Jumlah Kelulusan Lesen Penjaja
    2015 2016 2017
    MBSA 346 360 518
    MBPJ 261 281 258
    MPK 30 123 49
    MPAJ 5,029 6,883 6,244
    MPSJ 252 983 882
    MPS 1,672 1,757 1,561
    MPKJ 1004 820 1099
    MPSP 68 72 69
    MDKL 713 753 760
    MDHS 270 134 211
    MDKS 993 2,120 2,377
    MDSB 286 251 349
    JUMLAH 10,924 14,537 14,377

    Nota : Sumber data daripada PBT

  2. Nyatakan jumlah perobohan gerai penjaja dari 2015-2017 mengikut PBT.

    Jumlah perobohan gerai penjaja bagi tahun 2015 adalah sebanyak 306 unit, bagi tahun 2016 adalah sebanyak 293 unit manakala bagi tahun 2017 adalah sebanyak 263 unit. Perincian tindakan perobohan gerai penjaja dari 2015- 2017 mengikut PBT adalah seperti berikut :

    Jadual 2 : Jumlah perobohan gerai penjaja dari 2015-2017 mengikut PBT.

     

    PBT

    Jumlah Perobohan Gerai Penjaja
    2015 2016 2017
    MBSA Tiada tindakan perobohan yang diambil
    MBPJ 57 53 12
    MPK 20 13 21
    MPAJ 0 2 3
    MPSJ Tiada tindakan perobohan yang diambil
    MPS 214 223 224
    MPKJ 3 0 0
    MPSP 0 0 0
    MDKL 0 0 0
    MDHS 0 0 0
    MDKS 12 2 3
    MDSB 0 0 0
    JUMLAH 306 293 263

    Nota : Sumber data daripada PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.