Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
151) WABAK DENGGI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penurunan kes denggi pada 2017 berbanding 2016.
Laporan situasi Denggi di Negeri Selangor secara kumulatif bagi tahun 2017 pada Epid 52 iaitu sehingga 30 Disember 2017 adalah 45,290 kes telah direkodkan. Manakala bagi tempoh Epid yang sama untuk tahun 2016 mencatatkan kumulatif kes sebanyak 51,652 kes. Jumlah kes Denggi bagi tahun 2017 menunjukkan pengurangan sebanyak 12.3% iaitu sebanyak 6,362 kes berbanding kes pada tahun 2016
Bagi kumulatif kes kematian pula adalah sebanyak 67 pada tahun 2017 berbanding 78 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2016 iaitu pengurangan 11 kes. Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan kes Denggi dan kes kematian bagi tahun 2016 dan 2017 mengikut daerah :
DAERAH
KUMULATIF KES (EPID 52)
KUMULATIF KEMATIAN
2016 2017 2016 2017 Petaling 21,069 13,658 13 27 Hulu Langat 11,830 13,243 29 24 Klang 7,623 7,913 7 10 Gombak 5,834 5,727 10 8 Sepang 1,986 1,807 1 2 Kuala Langat 1,422 1,328 2 1 Hulu Selangor 1,050 865 3 4 Kuala Selangor 596 551 2 2 Sabak Bernam 242 198 0 0 JUMLAH 51,652 45,290 67 78 Jadual 1 (Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
-
Nyatakan perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi mengatasi wabak denggi pada 2017.
Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta bagi Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Denggi. Sebahagian besar peruntukan bagi tahun 2017 digunakan secara optimum dengan melantik ‘Pest Controller Operator’ (PCO) di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut keperluan masing-masing. Penggunaan PCO ini dapat membantu pihak PBT dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam membuat aktiviti kawalan demam denggi terutama di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan hotspot
Pecahan penggunaan peruntukan bagi Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Negeri Selangor tahun 2017 adalah seperti di Jadual 2 :
PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN DENGGI TAHUN 2017
JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
Pest Control Operator (PCO) 2,754,000.00 Aktiviti Pencegahan & Kawalan Denggi PBT 1,200,000.00 Aktiviti Pencegahan & Kawalan Denggi – DUN 560,000.00 Aktiviti Pencegahan & Kawalan Denggi – Pejabat Tanah & Daerah
350,000.00 Program Kesedaran Denggi 136,000.00 JUMLAH 5,000,000.00 Jadual 2 :Ringkasan penggunaan peruntukan Denggi tahun 2017