Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

145) LONGGOKAN TAYAR TERPAKAI DI BATU 23, JALAN SUNGAI LALANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan bentuk-bentuk tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan berkaitan longgokan ribuan tayar terpakai di sebuah lokasi di Batu 23, Jalan Sungai Lalang, Semenyih.

    Hasil siasatan pihak MPKj mendapati tanah yang mempunyai longgokan tayar adalah tanah persendirian dan bukannya tanah persendirian seperti yang dilaporkan oleh pihak akhbar. Pihak MPKj telah mengeluarkan notis dan mengarahkan pengusaha premis supaya membersihkan longgokan tayar tersebut. Pengusaha akur dan sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan tayar ke lokasi

  2. Apakah penyelesaian jangka panjang supaya longgokan tayar tersebut tidak menimbulkan ancaman kebakaran dan juga menjadi tempat pembiakan nyamuk?

    Bagi tindakan yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah adalah arahan notis pembersihan selama 14 hari di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975

Lampiran

Tiada Lampiran.