Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

143) KERJA-KERJA MENGATASI BANJIR KILAT DI SEMENYIH DAN BERANANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana kerja-kerja yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah banjir kilat di Semenyih dan Beranang?

    a) dan b)

    Bagi mengatasi masalah banjir kilat di Semenyih dan Beranang, JPS telah menjalankan projek-projek seperti berikut dengan kos keseluruhan berjumlah RM5,454,100.00. Projek berkenaan adalah Projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Semenyih di Kampung Batu 3, Mukim Semenyih yang telah bermula pada 1 November 2016 dan akan disiapkan pada 4 April 2018 dengan kos sebanyak RM4,754,100.00. Selain itu, terdapat juga kerja-kerja penyelenggaraan berkala bagi sungai dan kolam takungan yang melibatkan kos sebanyak RM700,000.00.

  2. Bagi kerja-kerja tersebut, sebanyak mana perbelanjaan yang telah dibuat?

  3. Adakah apa-apa tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebabkan banjir kilat akibat kegagalan mematuhi prosedur Kebenaran Merancang di Hulu Langat?

    Jabatan ini akan mengeluarkan cadangan notis ke PBT dan Agensi berkenaan bagi menjalankan penguatkuasaan bagi pemaju-pemaju yang tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.