Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

134) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar mengikut agama.

    Jumlah rumah ibadat selain Islam yang terdapat dalam inventori Kerajaan Negeri adalah sebanyak 1,511 buah. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT TOKONG KUIL GEREJA GUDWARA JUMLAH
    MBSA 16 53 12 1 82
    MBPJ 45 53 37 2 137
    MPK 210 138 11 0 359
    MPAJ 29 10 22 2 63
    MPSJ 8 34 30 0 72
    MPS 21 38 0 0 59
    MPKJ 117 76 1 1 195
    MPSP 27 53 3 0 83
    MDKL 30 48 9 1 88
    MDHS 20 20 3 5 48
    MDKS 81 174 18 2 275
    MDSB 42 6 2 0 50
    JUMLAH 646 703 148 14 1,511
  2. Nyatakan jumlah permohonan rumah ibadat bukan Islam pada 2017 dan jumlah diluluskan.

    Jumlah permohonan rumah ibadat selain Islam yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam sepanjang tahun 2017 adalah sebanyak 44 buah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 buah telah disokong untuk pewartaan dan sedang dalam proses pewartaan di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.