Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

131) KES MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kes mahkamah syariah yang difailkan pada 2017.

    Jumlah pendaftaran kes mal dan jenayah di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) sepanjang tahun 2017 adalah sebanyak 26,544 kes. Daripada jumlah tersebut, 22,828 adalah kes mal dan 3,716 adalah kes jenayah.

  2. Nyatakan jumlah perbicaraan yang telah dilaksanakan pada 2017.

    Secara umumnya, pengendalian kes terbahagi kepada dua (2) jenis prosiding iaitu prosiding sebutan dan prosiding perbicaraaan. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 280,865 prosiding sebutan dan perbicaraan telah dikendalikan oleh pihak JAKESS. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 109,492 adalah prosiding sebutan yang dikendalikan oleh lima (5) orang Pendaftar dan 12 orang Penolong Pendaftar. Baki sebanyak 171, 373 adalah melibatkan prosiding perbicaraan yang telah dikendalikan oleh 29 orang hakim iaitu 4 orang di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) dan 25 orang di Mahkamah Rendah Syariah (MRS). Secara umumnya, hakim MTS mengendalikan lebih banyak prosiding perbicaraan jika dibandingkan dengan hakim MRS. Ini disebabkan oleh jumlah hakim MTS yang sedikit iaitu hanya empat (4) orang

Lampiran

Tiada Lampiran.