Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
130) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah projek dan unit rumah terbengkalai di Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Januari 2018 terdapat sebanyak
105 projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor dengan jumlah unit terlibat sebanyak 23,374 unit.
-
Nyatakan jumlah projek yang telah dipulihkan oleh Kerajaan Negeri dari 2015-2017.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 10 projek yang telah dipulihkan pada tahun 2015 hingga 2017 yang melibatkan sejumlah 2,690 unit