Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
105) PELAPORAN KEROSAKAN JALANRAYA MELALUI APLIKASI TALIAN MUDAH ALIH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kaedah pelaporan kerosakan jalan melalui aplikasi talian mudah alih berkesan dan apakah statistik laporan dan tindakan yang diambil berdasarkan kaedah pelaporan ini?
Pada Januari 2017, pelaporan kerosakan jalan melalui Aplikasi Waze menggunakan telefon mudah alih pintar telah dimulakan dan terkini ianya memberikan kesan yang positif terutama kepada pihak-pihak penyelenggara jalan raya seperti Pihak Berkuasa Tempatan. Kaedah “crowd-sourcing” membolehkan orang awam berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk pelaporan kerosakan jalan.
Sehingga 31 Disember 2017 lebih daripada 29,000 pelaporan berkaitan keadaan jalan berlubang di negeri Selangor telah diterima menerusi Aplikasi Waze. Penambahbaikan menerusi penggunaan Sistem ‘Intelligent Response Selangor’ (i-RS) didapati membantu meningkatkan kecekapan penyelesaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Secara puratanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat menyelesaikan lebih daripada 75% pelaporan di dalam bulan yang diterima. Ini kerana terdapatnya beberapa situasi yang memerlukan penyelesaian jangka panjang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya menyelesaikan lebih daripada 85% pelaporan di dalam bulan yang diterima. Analisa menunjukkan bahawa terdapat ‘trend’ peningkatan prestasi di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan.