Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
99) PRESTASI PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah pelaburan diterima setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2017?
Jumlah pelaburan yang diterima setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2017 seperti berikut;-
Tahun
Projek
Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) 2008 302 30,980 2,866,163,788 9,004,746,225 11,870,910,013 2009 278 22,753 2,752,526,768 4,007,064,183 6,759,590,951 2010 325 27,865 5,494,986,553 5,146,848,848 10,641,835,401 2011 263 20,750 4,504,853,012 4,237,146,599 8,741,999,611 2012 252 22,719 7,305,494,367 4,429,323,568 11,734,817,935 2013 228 23,519 6,207,711,908 3,625,294,944 9,833,006,852 2014 229 15,118 3,836,871,787 3,205,388,198 7,042,259,985 2015 222 14,139 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860 2016 242 16,427 4,529,119,807 3,351,647,567 7,880,767,374 2017 202 10,031 3,427,583,083 2,164,898,536 5,592,481,619 Jumlah 2,543 204,301 45,107,786,252 42,953,682,349 88,061,468,601 Sumber : MIDA
-
Apakah prestasi pelaburan Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
Berdasarkan statistik projek-projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA bagi tempoh 2008 hingga 2017, Negeri Selangor merekodkan sebanyak 2,543 projek perkilangan yang diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM88,061,468,602 (RM88.061 bilion). Berdasarkan nilai pelaburan, Selangor menduduki tangga kedua selepas Negeri Johor yang mencatatkan nilai pelaburan berjumlah RM150.422 bilion.
Namun begitu, Selangor mencatatkan bilangan projek tertinggi dan potensi peluang pekerjaan yang terbanyak berbanding dengan negeri lain dengan 2,543 projek perkilangan dan 202,301 potensi peluang pekerjaan.
Negeri
Projek
Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Johor D.T. 1,691 166,682 89,568,082,145 60,854,008,375 150,422,090,520 Selangor D.E. 2,543 202,301 45,107,786,254 42,953,682,348 88,061,468,602 Sarawak 278 40,660 36,927,040,116 48,722,267,961 85,649,308,077 Pulau Pinang 1,228 152,686 21,778,240,804 48,263,479,844 70,041,720,648 Melaka 309 40,129 14,397,065,414 16,059,400,634 30,456,466,048 Kedah D.A. 422 43,016 7,146,376,923 19,497,193,925 26,643,570,848 Perak D.R. 437 51,315 11,404,865,557 12,834,464,726 24,239,330,283 Sabah 252 22,623 14,818,777,425 8,714,597,607 23,533,375,032 Negeri Sembilan D.K. 341 32,104 6,832,135,330 14,585,533,079 21,417,668,409 Pahang D.M. 184 20,347 8,976,357,475 11,902,738,700 20,879,096,175 Terengganu D.I. 94 13,673 5,294,128,065 8,393,158,066 13,687,286,131 Kelantan D.N. 45 5,817 2,858,677,288 875,513,994 3,734,191,282 W.P. – Kuala Lumpur 96 5,547 1,141,858,790 235,098,501 1,376,957,291 Perlis I.K. 15 1,225 900,365,712 109,994,700 1,010,360,412 W.P.- Labuan 8 227 85,163,389 45,256,730 130,420,119 Jumlah 7,943 798,352 267,236,920,687 294,046,389,190 561,283,309,877 Sumber : MIDA
-
Berapa peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelaburan ini dari tahun 2008 hingga 2017?
Berdasarkan statistik kelulusan projek perkilangan yang direkodkan bagi tahun 2008 hingga 2017, sebanyak 202,301 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada 2,543 projek perkilangan yang telah diluluskan di Negeri Selangor.