Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

73) PEMBATALAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat yang di tetapkan kepada pemaju perumahan rumah Selangorku?

    Pemaju perumahan dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepertimana dalam kelulusan MMKN diantaranya adalah:-

    • Menyediakan Rumah Selangorku berdasarkan Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2013 Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku).
    • Memulakan pembinaan dalam tempoh masa 2 tahun daripada tarikh kelulusan
  2. Apakah syarat-syarat yang tidak dipatuhi punca pembatalan?

    Pemaju disyaratkan memulakan pembinaan Rumah Selangorku dalam tempoh masa 2 tahun daripada tarikh kelulusan MMKN. Sekiranya pemaju gagal mematuhi syarat tersebut, tindakan penarikan balik akan diambil terhadap pemaju

  3. Apakah nama pemaju dan projek yang terlibat pembatalan ini?

    Berdasarkan rekod dan semakan di lapangan, terdapat 9 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh MMKN tetapi sehingga kini masih gagal untuk memulakan pembinaan Rumah Selangorku di tapak dalam tempoh masa 2 tahun seperti mana yang telah disyaratkan oleh Kerajaan

    Senarai 9 projek yang akan ditarik balik kelulusan adalah seperti berikut :-

    No Pemaju Lokasi Projek
     

     

    1

     

     

    Angkasa Indah Sdn Bhd

    Cadangan Rumah Selangorku di atas PN 17395 Lot 64681, Jalan PJS 9/1, PJS 9,

    Bandar Sunway, Subang Jaya, Mukim Damansara Daerah Petaling.

     

    2

     

    Valiant Plus Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas PN 11847 Lot 83949 Mukim Klang, Daerah Klang.
     

    3

     

    D-Hill Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas GRN 49797 Lot 942 Mukim Semenyih,

    Daerah Hulu Langat

     

    4

     

    Sanjung Segar Development Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas Hakmilik HS(D) 67904 PT 3868 Dan

    HS(D) 67905 PT 3869 Bandar Hulu

    Kelang, Daerah Gombak.

     

    5

    Kumpulan Sri Jayomiesah Sdn. Bhd. (YKT Lands Sdn. Bhd.) Cadangan Rumah Selangorku di atas No Hakmilik PN 93260 Lot 23124
     

    6

     

    K.Y.K Development Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas HSD 134053 PT 69154 (sebahagian Lot asal 8597 Dan Lot 8598, Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat.

     

    7

     

    Pinggir Mentari Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas hakmilik PM 854 GRN 54445 Lot 1048 dan sebahagian Lot 18056, Mukim

    Rawang, Daerah Gombak

     

    8

    Famemont Development Sdn.

    Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas

    hakmilik HSM 725 Lot 3622 Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling.

     

    9

    Hua Yang Berhad (Pemaju Asal Regal Form Sdn. Bhd.) Cadangan Rumah Selangorku di atas HS(D) 154349 PT 74041, Mukim Kajang,

    Daerah Hulu Langat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.