Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
55) SILA MENYATAKAN JUMLAH PELABURAN DI DAERAH SEPANG PADA TAHUN 2017
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada pelabur tempatan dan asing?
Secara dasarnya Kerajaan Negeri tiada menyediakan bantuan berbentuk kewangan kepada para pelabur yang melabur di Negeri
Namun begitu bagi menyantuni para pelabur, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi penggalakkan pelaburan Negeri menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan juga membantu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh pihak pelabur.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat khusus bagi membantu para pelabur menyelaras permohonan kelulusan-kelulusan pembangunan yang diperlukan selain membantu menyelesaikan isu berbangkit. Melalui mesyuarat ini, proses permohonan dapat diselaraskan dan kelulusan pembangunan dapat diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB EXCO ini diadakan setiap bulan.
-
Nyatakan nama-nama syarikat pelabur yang melabur di Daerah Sepang pada tahun 2017.
Projek-projek perkilangan yang diluluskan dalam Daerah Sepang bagi tahun 2017 mengikut pecahan kawasan adalah seperti berikut;-
Lokasi
Projek
Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) Sepang 1 9 6,050,000 0 6,050,000 Dengkil 1 58 17,685,630 0 17,685,630 Salak Tinggi IE 0 Selangor Science 0 Lokasi
Projek
Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Modal Pelaburan (RM)
Park II Cyberjaya 2 139 0 28,692,939 28,692,939 Pulau Merantai 0 Sungai Pelek 0 Jumlah 4 206 23,735,630 28,692,939 52,428,569 Sumber : MIDA
- Nota : Senarai nama syarikat pelabur tidak dapat dinyatakan tanpa persetujuan dan kebenaran pihak