Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
47) PROGRAM ATAU SKIM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai lengkap program-program pembangunan modal insan yang telah dijalankan dalam tempoh 2013-2017.
Program-program pembangunan modal insan yang telah dijalankan dalam tempoh 2013-2017:-
i. Program SPIES (Tahun 2008 – 2014)
Program SPIES telah dilaksanakan pada tahun 2008 sehingga tahun 2014. Program ini adalah program pengupayaan atau membudayakan insan (empowering) tidak bertujuan untuk melahirkan seorang tokoh tetapi menekankan kepada pembentukan masyarakat madaniah yang bersivil dan beradab melalui proses pembentukan karakter dan potensi melalui elemen Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial.
ii. Program INSAN (Tahun 2015 – Kini)
Pada tahun 2015, program SPIES telah diberi penjenamaan semula kepada Program INSAN. Susulan daripada eleman yang diterapkan dalam program SPIES, konsep dan kandungan Program INSAN telah dibuat penambahbaikan dari segi struktur modul yang lebih fokus dan kontemporari dengan menekankan model Integrated Holistik Education System (IHES) merangkumi modul untuk semua Generasi termasuk Gen Z bertujuan untuk melahirkan Rakyat Selangor dengan karakter Idaman menggunakan 23 potensi INSAN. 9 kluster sasaran termasuk Gen Z bermula Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Pelajar IPT serta golongan Belia telah terlibat dalam program INSAN ini.
iii. Program Jom Kerja (Tahun 2009 – 2015)
Program Jom Kerja telah diperkenalkan pada tahun 2009 merupakan sebuah program karnival kerjaya yang memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Selangor.
- Program Selangor Job Fair (Tahun 2016 – Kini)
Pada mulanya, program ini diberi nama Program Jom Kerja, tetapi telah diberi penjenamaan semula kepada Program Selangor Job Fair pada tahun 2016. Program karnival kerjaya ini telah melibatkan semua daerah- daerah di Negeri Selangor.
v. Program Latihan Kemahiran Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor (Tahun 2016 – Kini)
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Latihan Kemahiran Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor pada tahun 2016. Program latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pesara ATM berkenaan pengurusan kewangan, kemahiran insaniah dan keusahawanan. Dengan pendedahan dan bimbingan tersebut, ia dapat memberi laluan pekerjaan atau keusahawanan kepada pesara bagi menjamin pendapatan selepas persaraan.
-
Sila kemukakan senarai lengkap skim Pembangunan Modal Insan yang ditawarkan kepada Rakyat Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan kebajikan rakyat serta komited terhadap pembangunan modal insan di Negeri Selangor. Di bawah Skim Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelan tindakan dengan membawa inisiatif-inisiatif pembangunan modal insan secara holistik dan menyeluruh bagi memastikan rakyat Selangor menjadi salah satu aset yang menyumbang kepada pembangunan Smart
Skim Pembangunan Modal Insan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor merangkumi inisiatif-inisiatif seperti memperkasakan kemahiran teknikal bagi belia melalui Program Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS). Program hasil kerjasama dengan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) berupaya melatih belia dalam kemahiran teknikal bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja tempatan yang mahir sesuai dengan kehendak pasaran industri.
Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, pembangunan sahsiah dan jati diri khususnya dalam pembentukan akhlak dan moral individual itu amat penting bagi mencorakkan rakyat dengan minda kelas pertama. Bagi menyahut seruan Kerjaan Negeri Selangor, Program INSAN telah diperkenalkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat dari penerapan model Integrated Holistic Education System (IHES) yang memberi pendedahan kepada dua puluh tiga (23) potensi diri.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor giat menjalankan program-program pencegahan dan kesedaran bagi gejala sosial dengan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan lain -lain agensi berkaitan. Salah satu acara
program tahunan bagi pencegahan gejala sosial adalah Program Generasi Berimpak Selangor (Gempak Selangor). Program ini menghimpunkan masyarakat dari segenap lapisan umur dengan pendedahan dan informasi berkenaan gejala sosial di kalangan masyarakat. Antara slot di dalam Program Gempak adalah ‘Perenting Talk’, ceramah dari PDRM dan AADK, Program Pengurusan Kewangan, forum dan sembang santai.