Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

43) SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai lengkap skim-skim Inisiatif Peduli Rakyat serta syarat-syarat permohonannya.

    a), b), dan c) dijawab bersekali

     

    Hasil semakan Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) Klang mendapati bahawa tiada rekod pemilikan tanah oleh 1MDB di Pulau Indah, Klang.

  2. Sila kemukakan senarai penerima/ peserta lengkap skim-skim Inisiatif Peduli Rakyat tersebut.

    1. a) dan b)

    Kerajaan Negeri amat komited dan prihatin akan kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, bberapa inisiatif telah diwujudkan termasuk Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang telah diwujudkan sejak tahun 2008. Senarai lengkap semua program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat adalah seperti di Jadual 1 berikut:

    Jadual 1: Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat

     

    BIL. PROGRAM AGENSI
    1 Smart Selangor Food Stamp  

     

     

     

    Seksyen Sektoral, UPEN

    2 Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang
    3 Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin)
    4 Program Pemberian Bantuan Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan
    5 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
    6 Program Kemahiran Teknikal – INPENS International College
    7 Dana Usahawan Mikro Selangor
    8 Bas Smart Selangor Seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN
    9 Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pertama
    10 Latihan Usahawan IT (SITEC) SITEC (Invest Selangor Berhad)
    11 Program Mentor Kraf Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN
    12 Skim Peduli Sihat
    13 Panel Dialisis Sihat Selangor

     

    BIL. PROGRAM AGENSI
    14 Bantuan Sihat Selangor  
    15 Saringan Sihat Selangor (3S)
    16 Pengecualian Cukai Pintu dan Fi Lesen
    17 Hadiah Pengajian IPT  

     

     

     

     

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK

    18 Bantuan Sara Diri Anak Selangor
    19 Program Khas Peduli Siswa
    20 Program Khas Biasiswa Selangorku
    21 Biasiswa Khas Sagong Tasi
    22 Program Khas Selangor Brain Bank
    23 Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa)
    24 Program Tuisyen Rakyat Selangor
    25 Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor
    26 Tuisyen Online
    27 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)  

     

    Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

    28 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR)
    29 Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    30 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)
    31 Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
    32 Insentif Perkahwinan Belia
    33 Skim Hijrah Selangor HIJRAH Selangor
    34 Wifi Smart Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI)
    35 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) JKMNS
    36 Skim Smart Sewa  

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

    37 Skim DanaSel
    38 Skim Rumah Selangorku
    39 Skim Ceria (Mengecat Rumah, baiki lif)
    40 PROGRESS Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN
    41 Nusantara Audiobook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
    42 Perpustakaan Bergerak Smart Selangor

     

    Memandangkan skim ini melibatkan pelaksanaan dari pelbagai agensi dan seksyen/bahagian di bawah Kerajaan Negeri, maka semua syarat permohonan beserta senarai penerima/peserta lengkap boleh diperolehi dari agensi-agensi berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.