Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
39) TANAH RENTIS TNB
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Memandangkan Kerajaan Selangor membenarkan TNB memasang Pylon berdekatan kawasan perumahan, adakah Kerajaan Selangor mengenakan syarat supaya tanah rentis TNB berkenaan dijadikan tempat letak kereta penduduk-penduduk sekitar demi menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta?
Kerajaan Negeri tidak pernah mengenakan syarat supaya tanah rentis TNB dijadikan tempat letak kereta untuk keperluan penduduk. Pemaju perumahan disyaratkan untuk menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi dalam kawasan pembangunannya selaras dengan Manual Piawaian Perancangan Negeri
-
Jika tidak untuk soalah (a), apakah sebabnya?
Rentis TNB merupakan rizab awam yang diwartakan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara atau yang dikuatkuasakan melalui Akta Bekalan Elektrik. Sebarang aktiviti di bawah talian rentis perlu mendapat ulasan teknikal daripada TNB dan PBT. Walau bagaimanapun terdapat aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di atas tanah rizab kerajaan untuk pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara melalui pemakaian Pekeliling PTGS Bil. 4/2015, (Garis Panduan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Di Atas Tanah Rizab Kerajaan Di Negeri Selangor).