Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

35) JALAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JPS Selangor bercadang jalan ladang di Hulu Selangor diselenggarakan dengan "concrete" memandangkan "crusher run" tidak sesuai di kawasan bukit? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Untuk makluman, JPS memang maklum mengenai ketidaksesuaian pengunaan ‘crusher-run’ untuk menyelenggara, menaiktaraf atau membina jalan ladang di kawasan berbukit khasnya di Daerah Hulu

     

    Bagaimanapun,    penyelenggaraan    mengunakan    konkrit     belum     dapat dilaksanakan pada masa ini atas sebab berikut :

     

    • Kriteria bagi penggunaan peruntukan MARRIS adalah untuk kerja membaikpulih sahaja. Sekiranya jalan ‘crusher-run’ hendak dijadikan jalan konkrit ia merupakan kerja naiktaraf atau membina
  2. Nyatakan peruntukan JPS Selangor untuk menaiktaraf atau menyelenggarakan jalan ladang di Hulu Selangor secara terperinci pada tahun 2018.

    Pada RMK-11 tiada projek menaiktaraf atau membina jalan ladang dapat dilaksanakan kerana tiada butiran peruntukan di bawah Pembangunan Negeri (P13) bagi tujuan tersebut. Manakala bagi tujuan penyelenggaraan jalan ladang pula, bagi tahun 2018 sehingga kini, JPS Daerah Hulu Selangor memperuntukkan sebanyak RM100,000.00 di bawah butiran B13

Lampiran

Tiada Lampiran.