Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

33) BAS SMART SELANGOR DI HULU SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penumpang Bas Smart Selangor di Hulu Selangor mengikut laluan masing-masing.

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor mempunyai dua laluan bas iaitu laluan Bas Smart Selangor HS01 yang melalui Kuala Kubu Bharu – Bukit Sentosa dan laluan Bas Smart Selangor HS02 yang melalui KTM Batang Kali – Antara Gapi. Jumlah penumpang bagi kedua-dua laluan Bas Smart Selangor adalah seperti berikut:

    Laluan HS01

    • Jumlah penumpang bagi tempoh 16 Jun 2016 hingga 28 Februari 2018 adalah sebanyak 317,535
    • Pecahan jumlah penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:
      • Tahun 2016 ( 16 Jun 2016 – 31 Disember 2016) : 90,608
      • Tahun 2017 ( 1 Januari 2017 – 31 Disember 2017) : 192,117
      • Tahun 2018 ( 1 Januari 2018 – 28 Februari 2018) : 34,810

    Laluan HS0

    • Jumlah penumpang bagi tempoh 24 September 2017 hingga 28 Februari 2018 adalah sebanyak 11,843
    • Pecahan jumlah penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:
      • Tahun 2017 ( 24 September 2017 – 31 Disember 2017) : 3,194
      • Tahun 2018 ( 1 Januari 2018 – 28 Februari 2018) : 8,649
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membina pondok perhentian di laluan Batang Kali? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan jaringan pengangkutan awam diselarikan dengan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti perhentian bas khususnya bagi laluan Bas Smart Selangor. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM24,000 pada bulan Disember 2017

    kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bagi pembinaan hentian bas di lokasi laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang ditentukan oleh pihak Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.