Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

29) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai Pengurus & Penerima yang dilantik oleh RHB Bank sebagai pemegang gadaian telah menjual lot-lot tanah kosong kepada 7 syarikat dan unit-unit terbengkalai yang tiada pembeli dijual kepada Purnari Sdn. Bhd. melalui tender terbuka. Walau bagaimanapun, penjualan tersebut telah dicabar oleh Tetuan Emas Kiara Sdn. Bhd. di mahkamah. Susulan daripada itu, kes tersebut telah dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah telah menetapkan tarikh baru bagi pengurusan kes yang dijadualkan akan dibuat pada April 2018. Dengan ini, urusan pemulihan projek terbengkalai di Lembah Beringin ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah diperolehi.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berusaha mencari pemaju penyelamat untuk membantu memulihkan projek terbengkalai Kg Melayu Rasa selepas PKNS tidak berdaya memulihkan projek yang sekian lama terbengkalai? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Untuk makluman Yang Berhormat, semakan semula PKNS terhadap kajian fesibiliti pembangunan mendapati pemulihan bagi projek terbengkalai Kg. Melayu Rasa ini adalah tidak berdaya maju. PKNS juga telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Persatuan Pembeli Kg. Melayu Rasa pada 28 September 2017 bagi memaklumkan tentang status semakan kajian fesibiliti pembangunan yang dibuat

     

    Pengerusi Persatuan Pembeli Kg. Melayu Rasa turut memaklumkan kepada PKNS bahawa pihak mereka kini sedang dalam proses rundingan bersama sebuah syarikat kontraktor yang bersedia untuk membantu memulihkan projek tersebut.

     

    Justeru itu, bagi pihak Kerajaan Negeri, jalan penyelesaian alternatif adalah masih terbuka dan akan diteruskan bagi membantu pembeli-pembeli teraniaya ini menyiapkan rumah mereka yang telah sekian lama terbengkalai.

Lampiran

Tiada Lampiran.