Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

15) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek Rumah Selangorku yang telah dibatalkan kelulusannya sehingga sekarang. Senaraikan jumlah sebenar projek Rumah Selangorku yang telah diberi kelulusan tetapi berada di bawah pemerhatian.

    Berdasarkan rekod dan semakan di lapangan, terdapat 9 projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh MMKN tetapi sehingga kini masih gagal untuk memulakan pembinaan Rumah Selangorku di tapak dalam tempoh masa 2 tahun seperti mana yang telah disyaratkan oleh Kerajaan Negeri.

     

    Senarai nama-nama projek dan nama pemaju adalah seperti berikut :-

     

     

     

    No

     

    Pemaju

     

    Lokasi Projek

     

    1

     

    Angkasa Indah Sdn Bhd

    Cadangan Rumah Selangorku di atas PN 17395 Lot 64681, Jalan PJS 9/1,

    PJS 9, Bandar Sunway, Subang Jaya,

    Mukim Damansara Daerah Petaling.

     

    2

     

    Valiant Plus Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas PN 11847 Lot 83949 Mukim Klang,

    Daerah Klang.

     

    3

     

    D-Hill Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas GRN 49797 Lot 942 Mukim Semenyih,

    Daerah Hulu Langat

     

    4

     

    Sanjung Segar Development Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas Hakmilik HS(D) 67904 PT 3868 Dan

    HS(D) 67905 PT 3869 Bandar Hulu

    Kelang, Daerah Gombak.

    5 Kumpulan Sri Jayomiesah Sdn.

    Bhd. (YKT Lands Sdn. Bhd.)

    Cadangan Rumah Selangorku di atas

    No Hakmilik PN 93260 Lot 23124

     

    6

     

    K.Y.K Development Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas HSD 134053 PT 69154 (sebahagian Lot asal 8597 Dan Lot 8598, Mukim

    Kajang, Daerah Hulu Langat.

     

     

    No

     

    Pemaju

     

    Lokasi Projek

     

    7

     

    Pinggir Mentari Sdn. Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas hakmilik PM 854 GRN 54445 Lot 1048 dan sebahagian Lot 18056, Mukim

    Rawang, Daerah Gombak

     

    8

    Famemont Development Sdn.

    Bhd.

    Cadangan Rumah Selangorku di atas hakmilik HSM 725 Lot 3622 Mukim

    Sungai Buloh, Daerah Petaling.

     

    9

    Hua Yang Berhad (Pemaju Asal Regal Form Sdn. Bhd.) Cadangan Rumah Selangorku di atas HS(D) 154349 PT 74041, Mukim

    Kajang, Daerah Hulu Langat

     

    Setiap projek yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membangunkan projek Rumah Selangorku akan dipantau dan diletakkan di bawah pemerhatian Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku yang diurusetiakan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Sehingga 28 Februari 2018, sebanyak 195 Projek (100,577 unit rumah) telah diberikan kelulusan MMKN untuk dibangunkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.