Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

10) PEMBERIMILIKAN TANAH BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini proses permohonan tersebut?

    Sehingga hari ini, tiada sebarang permohonan pelupusan diterima daripada penduduk kaum Cina di kawasan Ini adalah disebabkan kawasan ini merupakan sebahagian daripada kawasan Rizab Melayu Sg. Lang (No. WKN: 925-28). Sebarang permohonan untuk pelupusan tanah hanya boleh dikemukakan Pejabat ini setelah urusan pembatalan warta Tanah Rizab Melayu (TRM) tersebut dilakukan.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan utama yang menyebabkan proses kelulusan begitu lama?

    Kekangan utamanya adalah untuk mendapatkan tanah ganti TRM yang sama taraf iaitu bertaraf tanah pekan serta kos kerja ukur bagi kawasan yang hendak

     

    Terdahulu daripada ini, permohonan untuk pembatalan dan penggantian sebahagian TRM ini pernah ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) melalui keputusan MMKN ke 11/2012 bertarikh 28 Mac 2012 dan disahkan oleh MMKN ke 12/2012 bertarikh 4 April 2012. Keputusan mesyuarat adalah menolak permohonan tersebut kerana tapak cadangan gantian di kawasan Km 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang bukan bertaraf tanah pekan.

     

    Apabila kawasan Pekan Air Manis telah diluluskan naik taraf daripada taraf tanah desa kepada taraf tanah pekan secara pewartaan menerusi Warta Kerajaan Negeri 1180/2017, maka sebahagian daripada kawasan Pekan Air Manis telah dicadangkan sebagai tanah ganti TRM di kawasan BNO.

     

    Di samping itu, kerja ukur perlu dilakukan bagi mendapatkan keluasan sebenar pembatalan sebahagian TRM Sg. Lang di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, Pejabat ini perlu mendapatkan peruntukan itu daripada Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum kerja ukur boleh dijalankan. Bagi tujuan ini, Kertas Ringkasan untuk mendapatkan kelulusan dasar untuk membatalkan sebahagian Rizab Melayu Sungai Lang (No. WKN: 925-28) seluas 56.50 ekar di kawasan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam dan digantikan di kawasan Pekan Air Manis, Daerah Sabak Bernam telah dikemukakan kepada PTGS pada 28 Februari 2018

  3. Sila nyatakan berapakah jangka waktu yang masih diperlukan untuk meluluskan permohonan tersebut?

    Merujuk kepada Piagam Pelanggan Pejabat Tanah Sabak Bernam dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor, dijangka tempoh proses pembatalan warta TRM dan penggantian TRM akan mengambil masa selama 210 hari (7 bulan) selepas selesai kerja ukur dilakukan oleh juruukur berlesen yang

     

    Memandangkan tanah yang diduduki dan ingin dipohon ini berstatus rizab sungai, maka dicadangkan supaya proses pelupusan menggunakan kaedah perizaban di bawah Seksyen 62, KTN dan pajakan di bawah Seksyen 63, KTN. Proses perizaban ini akan mengambil masa 120 hari (4 bulan) sehingga kelulusan YAB Dato’ Menteri Besar. Kerja-kerja ukur kadaster bagi penyediaan Pelan Warta (PW) pula akan mengambil masa tidak melebihi 180 hari (6 bulan) dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur (berdasarkan piagam pelanggan JUPEM). Manakala proses penyediaan dan penyiaran warta akan mengambil masa selama 14 hari dari tarikh permohonan dan PW diterima. Proses pajakan akan dilaksanakan selepas warta disiarkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.