Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

6) INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan pelancong domestik yang melawat Selangor tahun 2017?

    Jumlah bilangan kedatangan pelancong domestik ke Negeri Selangor bagi tahun 2017 adalah sebanyak 3,921,286 orang Jumlah ini menunjukkan sebanyak 2.42% daripada jumlah kedatangan pelancong domestik bagi tahun 2016.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan pelancong asing yang melawat Selangor tahun 2017?

    Jumlah bilangan kedatangan pelancong asing yang melancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2017 adalah sebanyak 3,509,716 orang pelancong. Jumlah kedatangan pelancong asing ke Negeri Selangor menunjukkan peningkatan sebanyak 49% berbanding tahun 2016.

  3. Sila nyatakan bagaimanakah untuk mempertingkatkan promosi pelancongan secara konsisten dan berapakah peruntukan yang disalurkan?

    Kerajaan Negeri sentiasa komited di dalam usaha untuk mempromosikan kawasan pelancongan yang terdapat di Negeri Sebanyak RM4,560,902.40 telah diperuntukkan dan disalurkan bagi pelaksanaan program dan acara promosi pelancongan Negeri Selangor sepanjang tahun 2017.

     

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor membantu memasarkan produk pelancongan secara konsisten dan berusaha membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Antara peranan Tourism Selangor untuk membangunkan industri ini adalah;

     

    i)         Pengiklanan Digital, Media Cetak dan Bahan Terbitan

    Tourism Selangor juga mempromosikan pelancongan melalui pengiklanan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah promosi. Poster informasi beserta laporan dan artikel diperbanyakkan di media tempatan dan bertaraf antarabangsa. Selain itu, Tourism Selangor juga menerbitkan

     

    risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan Pelancongan Agro. Antaranya seperti, Selangor Breakaway, Selangor Travel Guide dan Selangor Coffee Table Book.

     

    ii)        Program Promosi Dalam Negara

    Mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk pelancongan secara berterusan di dalam siri promosi di dalam negara yang disertai bagi tahun 2018. Program promosi dalam negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti berikut;

     

    1. MITA Fair
    2. MATTA Fair March
    3. MATTA Fair Johor
    4. MATTA Fair Selangor
    5. MATTA Fair September
    6. Selangor International Expo

     

    iii)       Program Promosi Luar Negara

    Program promosi luar negara yang disertai oleh Tourism Selangor adalah seperti berikut;

     

    1. India International Travel & Tourism (IITT)
    2. Fitur, The International Tourism Trade
    3. Asean Tourism Forum (ATF)
    4. International Tourism Bourse (ITB)
    5. Road Show To Japan
    6. Arabian Travel Market
    7. Universal Tourism Exhibition 2018
    8. International Travel Expo (ITE ) 2018
    9. Pacific Asia Travel Association (PATA)
    10. Taipei International Tourism Fair
    11. China International Travel Mart (CITM)

     

    1. Hebahan melalui Laman web dan Media Sosial Tourism Selangor Tourism di dalam laman web rasmi akan sentiasa mempromosi destinasi pelancongan mengikut                                 kekuatan  segmen  pelancongan negeri             dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan     Laman web                    Tourism              Selangor     boleh         dilayari     melalui http://www.tourismselangor.my. Laman Media sosial Tourism Selangor mempunyai jumlah pengikut yang ramai melebihi 100,000 followers. Facebook, Twitter dan Weibo Tourism Selangor menggunakan profil nama @TourismSelangor    serta        Instagram                                 menggunakan      profil @DiscoverSelangor dapat mempromosikan kawasan pelancongan yang

     

    sedia ada dan yang baru di Negeri Selangor dengan lebih efektif dan meluas.

     

    1. Penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip)

    Tourism Selangor bekerjasama dengan produk-produk pelancongan dan operator pelancongan untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan dan agensi media tempatan dan antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.