Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
169) KADAR PENGANGGURAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan kadar pengangguran di Selangor dari 2016-201
Merujuk kepada data terkini (Jadual 2: Kadar Pengangguran Mengikut Negeri, 2016 dan 2017) yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 3.2% pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017, kadar pengangguran di Selangor telah menurun kepada 2.8%.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam menv
-
Senaraikan tindakan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar tersebut
- Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan program – program tersebut bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor seperti berikut:
i. Karnival Kerjaya – Selangor Job Fair
Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair) adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia yang telah memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program ini telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) siri di lokasi berbeza sepanjang tahun 2017 dan telah berjaya melibatkan jumlah pengunjung seramai 3,416 orang dengan menawarkan sebanyak 5,782 kekosongan jawatan. Kesan dari pelaksanaan program ini, seramai 847 orang telah berjaya mendapat pekerjaan pada hari tersebut.
ii. Pendidikan Kemahiran dan Vokasional Percuma
Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang kurang berkemampuan tetapi masih ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang.
iii. Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)
Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) adalah sebuah program latihan keusahawanan dalam melalui kursus dalam bidang – bidang seperti berikut:
- Kursus Keusahawanan Penternakan (Ruminan & Unggas)
- Kursus Pemantapan Pemantauan Keusahawanan
- Kursus Percetakan Segera Pentauliahan Sijil SKM Tahap 3: Peserta Urutan Selepas Bersalin
- Kursus Keusahawanan Penternakan
- (Makanan ternakan dan Rancangan Perniagaan)
- Kursus Soft Skills Usahawan Penternakan & Pengurusan Kewangan (Online)
- Kursus Keusahawanan Penternakan (Sembelihan Halal & Penyediaan Makanan (BBQ)
- Mobile Service Aircond
- Cuci Kasut
- Mobile Barber
- Ayam Gunting
- Terapi Bekam
- Bakery
- Mobile Spa
- Dekorasi Pelamin
- Kiosk Sate
Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM920,000.00 bagi pelaksanaan program ini.
- Program Graduate Employability and Enhancement Selangor
(PROGRES)
Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.
v. Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor(IKTISASS)
Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) telah diperkenalkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu Belanjawan 2018 Negeri Selangor. Program IKTISASS ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada belia untuk memantapkan kemahiran teknikal bagi menjamin kebolehpasaran belia dalam industri dan membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor. Terdapat sembilan (9) institusi yang terlibat dalam pelaksanaan IKTISASS seperti berikut:
INSTITUSI
KURSUS YANG DITAWARKAN
Selangor Human
Resource Development
Center (SHRDC)
– Kategori Belia Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Program Internship for High Impact
Talent (i-HIT)
– SMART Technical Workforce
– Skim Perantis Meister Selangor
– MESTI Digital
– Selangor Smart SMEs
INSTITUSI
KURSUS YANG DITAWARKAN
Kolej Antarabangsa INPENS
– –
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik
Pendawaian Elektrik
– Peralatan Penyaman Udara HVAC – Automotif– Servis Selepas Jualan Kolej Antarabangsa
INTRA
– –
–
Juru Estetik Juruterapi Estetik
Pembuat Pakaian Wanita
Kolej Teknologi MEA
– –
Seni Reka Grafik Multimedia Animasi STRAND
– –
Aerospace Industri Berteknologi Tinggi
SST And Consultancy Academy Sdn Bhd
– –
Automotif – Perkhidmatan Servis lepas Jualan
Pendawaian
– Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SHO)
German-Malaysian
Institute (GMI)
– –
Diploma in Engineering Technology (Mould Technology)
Diploma in Engineering Technology
(CNC Precision Technology)
– Diploma in Network Security – Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance) – Diploma in Engineering Technology (Autototronics & Hybrid System)
INSTITUSI
KURSUS YANG DITAWARKAN
Advanced Technology Training Centre
(ADTEC)
– –
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa
– Diploma Teknologi : Kimpalan/Pembuatan/Jaminan/ Kualiti/
Penyejukbekuan & Penyaman
Udara/Komputer
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKTBN) Sepang
– Diploma Teknologi : Kimpalan/Pembuatan/Jaminan/ Kualiti/
Penyejukbekuan & Penyaman
Udara/Komputer
– Diploma Teknologi Elektronik Industri – Diploma Teknologi Elektronik Industri -
Nyatakan perbandingan kadar pengangguran di Selangor dan negeri-negeri lai
Merujuk kepada data terkini (Jadual 2: Kadar Pengangguran Mengikut Negeri, 2016 dan 2017) yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Selangor telah mencatat kadar pengangguran sebanyak 3.2% pada tahun 2016 dan 2.8% pada tahun 2017. Ini menunjukkan terdapat penurunan kadar pengangguran sebanyak 0.4% pada tahun 2017.
Pada tahun 2017, Melaka telah mencatatkan kadar pengangguran terendah sebanyak 1.0% manakala Wilayah Persekutuan Labuan telah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu sebanyak 8.5%. Kedudukan Selangor di tempat kelapan (3.2%) pada tahun 2016 telah naik ke tempat keempat (2.8%) bersama Kedah dan Negeri Sembilan. Ini menunjukkan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan hasil dan impak yang positif di dalam penurunan kadar pengangguran di Selangor.