Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

159) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan nama dan parti diwakili semua Ahli Majlis PBT di Selangor.

    Nama dan parti yang diwakili oleh Ahli Majlis PBT di Selangor adalah seperti

    berikut:-

    • Lampiran A: Parti Keadilan Rakyat (PKR)
    • Lampiran B: Parti Tindakan Demokratik (DAP)
    • Lampiran C: Parti Amanah Negara (AMANAH); dan
    • Lampiran D:Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
  2. Bagaimanakah PBT menentukan setiap ahli majlis tersebut?

    Pelantikan Ahli Majlis bukan ditentukan oleh PBT. Cadangan nama diperolehi daripada parti komponen dan dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan Garis Panduan Kriteria Pemilihan Ahli Majlis PBT Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.