Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

158) PREMIS MESIN JUDI DALAM TALIAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini premis mesin judi dalam talian yang berdaftar dan tidak berdaftar.

    Tiada lesen premis perjudian yang dikeluarkan oleh pihak PBT. Jumlah premis yang dibuka tidak dapat dipastikan. Pihak polis akan membuat serbuan dan tangkapan sekiranya premis tersebut ada unsur/ aktiviti perjudian online berdasarkan pemantauan dari pihak polis dan juga maklumat dari orang awam.

  2. Nyatakan jumlah serbuan dan tangkapan di premis berkenaan dari 2016-2018

    Serbuan dan tangkapan premis jol kontinjen Selangor bagi tahun 2016 – 2018:

    TAHUN SERBUAN TANGKAPAN
    2016 4,769 5,813
    2017 4,065 6,478
    2018 1,253 3,120
    JUMLAH 10,087 15,410
    TAHUN SERBUAN TANGKAPAN
    2016 4,769 5,813
    2017 4,065 6,478
    2018 1,253 3,120
    JUMLAH 10,087 15,410

Lampiran

Tiada Lampiran.