Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
141) RUMAH JAGAAN ORANG-ORANG TUA DAN ANAK-ANAK YATIM
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa pusat jagaan orang-orang tua dan anak-anak yatim berdaftar mengikut daerah di Selangor?
Sebanyak 121 pusat jagaan orang-orang tua dan anak yatim yang berdaftar dengan pihak Jabatan sehingga Julai 2018. Statistik bilangan pusat jagaan orangorang tua dan anak yatim yang berdaftar mengikut daerah adalah seperti di bawah:
Bil. Daerah Jumlah Pusat Jagaan Warga Tua 1 Petaling 39 2 Hulu Langat 29 3 Klang 9 4 Gombak 7 5 Kuala Selangor 1 6 Sepang 1 7 Hulu Selangor 1 8 Kuala Langat 0 9 Sabak Bernam 0 Jumlah 87 Jadual 1: Bilangan Pusat Jagaan Orang-Orang Tua Berdaftar di Negeri Selangor Mengikut Daerah
Bil. Daerah Jumlah Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin 1 Petaling 9 2 Gombak 6 3 Hulu Langat 5 4 Klang 4 5 Hulu Selangor 4 6 Sepang 2 7 Sabak Bernam 2 8 Kuala Selangor 1 9 Kuala Langat 1 Jumlah 34 Jadual 2: Bilangan Pusat Jagaan Anak Yatim Berdaftar di Negeri Selangor Mengikut Daerah
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi memastikan keselamatan dan pengurusan pusat jagaan mengikut piawaian dan undang-undang yang ditetapkan?
Setiap pusat jagaan berdaftar perlu mengikuti peraturan keselamatan dan mematuhi beberapa perkara seperti:
Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran Pusat Jagaan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan. Semua peraturan agensi perlu dipatuhi dan lesen atau kebenaran wajib diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran;
- Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat. Peralatan dan bahan permainan yang disediakan mestilah bersesuaian mengikut tahap umur;
- Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak pusat jagaan:
- Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui – Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.
- Smoke Detecter (pengesan asap) sebagai langkah berjaga- jaga apabila berlaku kebakaran
- Mempunyai pagar keselamatan
- Mempunyai CCTV jika perlu
- Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan seperti berikut bagi memastikan keselamatan dan pengurusan pusat jagaan mengikut piawaian dan undang-undang Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994:
Pemantauan dan lawatan ke atas pusat jagaan yang dilakukan sebanyak 2 kali setahun oleh Pegawai Diberi Kuasa (PDBK). PDBK akan mengemukakan Laporan Pemantauan dan membuat teguran jika terdapat ketidakpatuhan di dalam pengurusan pusat jagaan;
Mana-mana pengendali pusat jagaan yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993 serta PeraturanPeraturan Pusat Jagaan 1994 ini boleh diambil tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antara tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap pusat jagaan adalah arahan bertulis, tutup sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan dan lak.